Kebanyakan ahli UMNO memuji ketenangan Presiden Datuk Seri Najib Tun Razak yang terus-terusan berdepan asakan daripada pelbagai pihak.
Wakil pembahas Negeri Sembilan, Shamsul Amri Ismail ketika membahaskan ucapan dasar presiden bagi usul agama dan pendidikan berkata sikap ini harus dipuji kerana bukan semua mampu bertahan seperti apa yang dilakukan Najib.
“Saya pelik tengok PM ni tenang je bila orang cakap dia macam-macam, tak balas tak buat apa pun.
“Kalau saya jangan cakap himpunan merah, hijau semua keluar, kau tunggulah,” katanya sambil mendapat tepukan dari seluruh ahli UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan banyak pihak yang menyerang Najib kini termasuk bekas pemimpin yang pernah memperjuangkan UMNO suatu ketika dahulu.
Katanya, serangan tersebut tidak seharusnya dilakukan kerana fokus utama yang perlu dibuat adalah menjaga keharmonian dan keamanan Malaysia.
“Orang UMNO kalau nak pertahankan parti kena amalkan tiga perkara, iaitu jangan tamak, jangan dengki, dan jangan sombong dengan apa yang kita ada.
“Cuba kita lihat di negara China, mereka nak pergi solat Jumaat pun susah sampai dihalang, kita di sini aman nak pergi solat tan ada masalah, hidup berbilang bangsa ni banyak perkara kita perlu jaga.kena hormat hak masing-masing, ini sampaikan urusan RUU orang Melayu yang dia nak sibuk kenapa?takkan kita nak ambil wudhuk seperti ini, kita nak tanya sami betul ataupun tidak?” Soalnya.
Berikutan itu, beliau menggesa semua ahli tidak lagi memandang ke belakang dengan apa yang telah berlaku, sebaliknya terus fokus dengan membuat persediaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
“Dulu ada orang cakap, ‘biar saya diasak, biar saya dikeji, saya akan tetap bersama dengan perjuanan UMNO’, tapi sekarang apa sudah jadi? Saya tak cakap siapa..saya hanya beri contoh.
“Tapi kita yang masih ada ni perlu terus mara ke depan, terus berbuat baik dengan semua orang, supaya akhirnya rakyat akan dapat menilai sendiri apa yang UMNO lakukan,” ujarnya.