PakaTun kata ekonomi Singapura lebuh baik dari Malaysia dan Malaysia Negara muflis.
Sejumlah 13,730 pekerja di Singapura diberhentikan dalam 9 bulan pertama tahun ini menjadikan jumlah pemberhentian pekerja yang tertinggi dalam tempoh 7 tahun, lapor Channel NewsAsia.
Angka itu, dikeluarkan oleh Kementerian Tenaga Manusia (MoM) hari ini dalam laporan pasaran buruh suku tahunan, menandakan kenaikan jumlah pekerja yang diberhentikan berbanding 10,220 orang dalam tempoh yang sama tahun lepas.
Angka itu dikatakan yang tertinggi sejak 9 bulan pertama tahun 2009 yang menyaksikan 21,210 orang diberhentikan kerja.
MoM berkata bagi suku tahun ketiga, terdapat 4,220 pekerja berlebihan, berbanding 4,800 dalam suku sebelumnya dan 3,460 orang dalam suku yang sama tahun lepas.
Laporan itu berkata 73% daripada warga singapura yang diberhentikan terdiri daripada profesional, pengurus, eksekutif dan juruteknik. Sebahagian besar yang diberhentikan juga memiliki kelayakan tertiari.
“Penguncupan jumlah pekerjaan, lebihan tenaga kerja yang meningkat, dan penurunan nisbah jawatan kosong berbanding penganggur mencermikan kelesuan ekonomi sejagat dan penstrukturan ekonomi yang berterusan,” kata kementerian, dan menambah rakan pihak ketiga akan membantu mereka yang terjejas mencari pekerjaan.
Kadar pengangguran keseluruhan kekal pada 2.1%. Dalam kalangan warga Singapura, kadar pengangguran mencecah 3% pada September, berbanding 3.1% pada Jun, dan dalam dalangan penduduk, 2.9% berbanding 3% sebelumnya.
Bagaimanapun, laporan juga menunjukkan lebih ramai orang mengambil masa yang lama mencari pekerjaan, melihat kepada kadar pengangguran penduduk jangka masa panjang meningkat kepada 0.8% pada September berbanding 0.6$ tahun lepas, dan paras September paling tinggi sejak 2009.
Jumlah pekerjaan secara keseluruhannya turun 2,700, penuruan pertama sejak lebih setahun lalu.
Penemuan MoM menunjukkan sebab utama penurunan ialah penguncupan industri pembuatan dan pembinaan, yang menjejaskan kebanyakan pemegang permit pekerjaan.
Dalam 9 bulan pertama, jumlah pekerjaan bertambah 14,500, pertumbuhan yang terendah sejak 2009.