Pihak berkuasa di Malta berhadapan dengan “kemungkinan rampasan” sebuah pesawat Libya, kata perdana menterinya.
Pesawat, penerbangan dalam negara Libya, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Malta, di mana kakitangan kecemasan dan keselamatan sedang bersiap sedia.
Perdana Menteri Malta Joseph Muscat menulis tweet bahawa dia telah “dimaklumkan tentang kemungkinan situasi rampasan sebuah pesawat dalam negara #Libya dilencongkan ke #Malta. Pasukan Keselamatan dan operasi kecemasan telah bersiap sedia.”
Informed of potential hijack situation of a #Libya internal flight diverted to #Malta. Security and emergency operations standing by -JM
— Joseph Muscat (@JosephMuscat_JM) December 23, 2016
Pegawai komunikasi Kementerian Luar Negeri Malta, Etienne Saint John, memberitahu bahawa pesawat mendarat “beberapa minit yang lalu.”
“Anggota Keselamatan telah berada di tempat kejadian. Mesyuarat sedang berlangsung di pejabat Perdana Menteri berkaitan pesawat berkenaan.”
Berita selanjutnya menyusul.