Selepas kekalahan besar dalam pilihan raya negeri Sarawak, 2 pilihan raya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar, penurunan 73,17% kecenderungan media sosial untuk DAP, penurunan 80% dalam kehadiran BERSIH, kehadiran terendah sejak beberapa tahun untuk persidangan tahunan DAP Kebangsaan dan Pulau Pinang, PakaTun telah gagal sekali lagi.
Petisyen awam mereka hanya mencapai 26% daripada sasaran dan dengan itu telah ditolak oleh White House.
———
Petisyen awam bagi menggesa Rumah Putih mendedahkan identiti rasmi Malaysian Official 1 (MO1) dari Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (AS) dalam tuntutan mahkamah sivil berkaitan 1MDB telah gagal mendapatkan tandatangan yang disasarkan sehingga tarikh akhirnya.
Petisyen yang bermula pada 24 November, ditutup hari ini dengan hanya 25,986 tandatangan berjaya diperolehi berbanding sasaran 100,000 tandatangan.
Rumah Putih hanya diwajibkan untuk bertindak balas terhadap apa jua petisyen yang berjaya mengumpulkan sekurang-kurangnya 100,000 tandatangan dalam tempoh 30 hari.
Oleh itu, tarikh akhir untuk petisyen ini adalah hari ini, 24 Disember.
Jawatankuasa Sivil Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) sebelum ini mengumumkan sokongan terhadap petisyen itu dan menggesa orang ramai untuk menurunkan tandatangan.