Selepas menuduh Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebagai rasuah, bekas perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membuat tuduhan baru iaitu semua umat Islam yang melaksanakan ibadah Haji melalui Program Khas Haji Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak akan mendapat Haji yang mabrur.
Ini kerana, katanya, duit untuk menghantar jemaah haji terbabit adalah haram dan kononnya dicuri oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perkara berkenaan terkandung dalam ucapannya pada satu ceramah di Taman Wira Mergong, Alor Star baru-baru ini.
Lihat video ini :
https://youtu.be/2_ZjR4rU-js
Bagi jemaah Haji yang dihantar oleh 1MDB ini, ia merupakan satu penghinaan dan paling mengejutkan ialah keberanian Mahathir untuk mengeluarkan fatwa seumpama itu. Perkara melibatkan ibadah jangan dibuat main. Mabrur atau tidak Haji seseorang itu, ia ditentukan oleh Allah yang maha esa, bukannya Mahathir.
Pada saat usianya sudah lebih 90 tahun, Mahathir kini mengeluarkan kenyataan yang semakin pelik dan menjelikkan, bukan sahaja menghina malah menghiris hati orang ramai.
Hakikatnya, mereka yang berpeluang mengerjakan haji melalui 1MDB ini merupakan sesuatu yang dinantikan kerana bukan semua orang dapat ke tanah suci, seperti Mahathir.
Dengan usia yang semakin tua, beliau kini seolah-olah sudah nyanyuk. Sepatutnya Mahathir mendengar sahaja nasihat daripada Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria supaya menggunakan baki usia yang ada untuk memperbaiki dan meningkatkan amalan seharian.
Beliau juga dinasihatkan Harussani supaya menghentikan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan kemarahan orang ramai.
Bukan sahaja Harussani, malah Nik Abduh Nik Abdul Aziz juga menasihatkan agar Mahathir kembali ke tikar sejadah, pergi ke Mekah atau banyak belajar agama daripada kembali ke dunia politik.
Ini kerana Mahathir sering melontarkan pandangan ikut sesuka hati tanpa melihat kelakuannya sewaktu memerintah.
Nasihat ini diberikan kerana sejak kebelakangan ini, selepas bergabung dengan pembangkang, Mahathir sering membuat dakwaan yang tidak benar dan semakin merapu.
Boleh dikatakan setiap kenyataan yang dikeluarkannya bukan sahaja menghina malah membangkitkan kemarahan ramai.
Ada sahaja yang tidak kena di matanya.
Semalam, dalam satu catatan di blognya, Mahathir mendakwa penyangak telah memerintah negara ini dan mendakwa segala cara untuk melucutkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada terus berkuasa telah disekat.
Bila masa semua itu disekat? Tiada siapa yang menyekat Mahathir ketika beliau keluar UMNO, melancarkan deklarasi Mahathir bagi mengutip sejuta tandatangan untuk menggulingkan Najib, menggunakan media asing untuk memburukkan imej Najib dan menyertai perhimpunan Bersih dan menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Realitinya semua rancangan Mahathir itu tidak mendapat sambutan dan ditolak oleh rakyat, bukannya disekat oleh Najib. Malahan Najib sendiri tenang sahaja ketika diserang oleh Mahathir dan ini agaknya yang membuatkan Mahathir marahkan Najib.
Jika dilihat kepada serangan demi serangan yang dilakukan itu, sudah pasti orang lain akan terduduk tetapi berbeza dengan Najib yang masih tenang dan menjalankan tugasnya seperti biasa.
Itulah sebenarnya yang membangkitkan kemarahan Mahathir. Agaknya beliau sudah ketandusan idea bagaimana untuk menggulingkan Najib lagi?
Apatah lagi pilihan raya umum semakin hampir dan Mahathir sudah kesuntukan masa untuk mengatur serangan yang lain.
Mahathir sudah semakin karut dan merapu yang bukan bukan. Tuduh BR1M rasuah, tuduh jemaah haji 1MDB haram. Semuanya Mahathir buat kerana mahu kuasa untuk anak dia dan kayakan kroni.