17th Feb 2014:
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, Syabas seolah-olah membuat serangan politik terhadap kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana gangguan bekalan air yang berterusan.
Tambahnya yang tidak boleh menerima alasan Syabas bahawa paras ammnonia yang tinggi dalam loji pembersihan air boleh dikurangkan apabila berlakunya hujan.
… seminggu kemudian.
24th Feb 2014:
Kerajaan negeri Selangor akan melaksanakan program catuan air secara bergilir di seluruh negeri mulai esok bagi menyeimbangkan penyaluran air di kawasan yang mengalami gangguan bekalan sejak 7 Feb lepas.
Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata melalui program itu kawasan yang terbabit akan mendapat bekalan air selama dua hari diikuti catuan bagi dua hari berikutnya.
… dan catuan air disambung kerana tiada hujan turun.
28 March 2014
Pelan Catuan Bekalan Air Peringkat Pertama dan Ketiga masih diteruskan sehingga ke satu tarikh yang akan diputuskan oleh kerajaan negeri Selangor.
…. dan paras air empangan menjadi lebih kritikal.
8 Aug 2014
Air di Empangan Sungai Selangor menurun hampir mencapai paras kritikal.
Paras itu menurun kepada 31.9 peratus daripada kapasitinya pada Jumaat. Kapasiti sebuah empangan yang mencatatkan paras 30 peratus dan ke bawah adalah kritikal.
http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/08/08/empangan-selangor/
… dan ‘moral of the story’ adalah:
Jangan sesekali meletakkan sotong laut bertanggungjawab bagi perkhidmatan air kerana dia akan membuat jenaka mengenainya.
Tetapi berjuta-juta orang di Lembah Klang yang mengalami kekurangan air ini selama beberapa bulan pada tahun 2014 mungkin tidak merasa ini suatu yang lucu.