Ini adalah taktik melengahkan perbicaraan jika tidak boleh melawan undang-undang, cuba mengubahnya.
Satu taktik yang biasanya dilakukan oleh orang yang tahu bahawa mereka mungkin akan didapati bersalah.
Taktik ini juga digunakan sepenuhnya oleh Rafizi dalam perbicaraan BAFIA beliau di mana beliau mencabar hakim dan akhirnya kalah, kemudian mengemukakan rayuan, kemudian mencabar akta tersebut dan kalah lagi, kemudian mengemukakan rayuan.
Sehingga hari ini, kes BAFIA Rafizi itu sendiri sebenarnya belum bermula setelah 4 tahun berlalu.
__________
GUAN ENG KEMUKA USUL CABAR AKTA SPRM
Ketua Menteri Pulau Pinang akan memfailkan usul untuk mengisytiharkan Seksyen 62 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 sebagai bercanggah dengan perlembagaan.
Usul Lim Guan Eng itu dikemukakan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang hari ini oleh peguamnya, Gobind Singh Deo.
Seorang ahli perniagaan yang menghadapi tuduhan rasuah bersama Lim, Phang Li Koon, sudah mengemukakan usul sama di mahkamah Rabu lalu.
Hakim Hadariah Syed Ismail menetapkan 7 Februari ini untuk mendengar usul berkenaan.
Seksyen 62 Akta SPRM adalah peruntukan berkaitan pernyataan pembelaan tertuduh dan haknya untuk berdiam diri di mahkamah.
Peruntukan itu menyatakan: Apabila penyerahan dokumen oleh pihak pendakwaan telah dilakukan mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah, tertuduh hendaklah, sebelum permulaan perbicaraan, menyerahkan dokmen yang berikut untuk pendakwaan:
(a) suatu pernyataan pembelaan yang menyatakan secara am jenis pembelaan dan perkara-perkara mengenai pendakwaan yang dibantah tertuduh, dengan menyatakan sebab-sebabnya; dan
(b) suatu salinan mana-mana dokumen yang akan dikemukakan sebagai sebahagian daripada keterangan pembelaan.
Kata Hadariah walaupun usul itu dikemukakan mahkamah tidak akan menunda tarikh perbicaraan Lim dan Phang yang dijadual bermula akhir Mac ini.
Menurut beliau Akta SPRM sudah ada untuk suatu tempoh agak lama dan perkataan pada seksyen berkenaan tidak akan diubah kerana fungsi mahkamah hanyalah untuk mentafsirkannya.
Bulan lalu Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan tempoh 34 hari untuk perbicaraan Lim dan Phang berkaitan tuduhan rasuah membabitkan pembelian sebuah banglo di Jalan Pinhorn.
Seramai 60 saksi disenarai akan memberi keterangan.