ZAHARIN MOHD YASIN MOHON MAAF KERANA MEMFITNAH MRCB - pakdin.my

20170107-zaharin-fitnah-mrcb

Sebelum blog wujud, Zaharin Mohd Yasin adalah seorang pemimpin kecil tak dikenali dalam Umno. Blogging menjadikan beliau dikenali, dan kemudian jadi tidak terkenal.

Satu hari dia bersama Mahathir Mohamad menentang Abdullah Badawi dan tiba-tiba dia bersama Pak Lah pada hari berikutnya. Dia bersama Najib Razak pada mulanya dan kini menentang.

Tak dapat habuan dedak dia akan berubah mengikut siapa sahaja yang menyumbat dedak ke mulut beliau. Hanya kerana RM50 boleh mengubah pendirian beliau.

Zaharin tidak unik dalam erti kata sebenar. Terdapat ramai lagi ahli politik dan aktivis politik yang beralih sokongan atau melompat dari satu tempat ke tempat yang lain seperti menukar seluar dalam.

Tetapi melayan MRCB, sebuah syarikat perniagaan yang dikendalikan secara profesional, sebagai ‘punching bag’ politik hanya kerana firma pembinaan tersebut enggan memberikan dedak kepadanya adalah satu kesilapan besar.

Dalam post beliau pada 3 Ogos dan 5 Ogos tahun lepas, Zaharin menuduh konglomerat pembinaan tersebut mengabaikan agenda Melayu dan bumiputera.

MRCB menafikannya dan berkata serangan berounca daripada permintaan untuk sumbangan kewangan, yang ditolak.

Dalam post sendiri pada 3 Ogos, Zaharin mengakui bahawa dia telah meminta sumbangan politik daripada Pengarah Urusan Kumpulan MRCB Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din, yang telah di tolak mentah-mentah.

Dengan pengakuan Zaharin sendiri, Salim menolak permintaan itu atas alasan bahawa ia tidak sesuai untuk MRCB, sebagai sebuah syarikat tersenarai awam, untuk membuat sumbangan politik.

Syarikat ini juga bertanggungjawab untuk melindungi kepentingan pemegang saham, termasuk pemegang saham utama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Zaharin terpaksa bermuka tebal dan memihon maaf kepada MRCB kerana memfitnah selepas disaman.

Ini bukan kali pertama beliau disaman dan memohon maaf. Beliau pernah disaman oleh Syed Abdul Rahman kerana memfitnah dan saman ditaruk balik selepas beliau memohon maaf.

“Abdul Zaharin mohon maaf kepada Syed Abdul Rahman kerana memfitnah”
http://www.sinarharian.com.my/mobile/semasa/abdul-zaharin-mohon-maaf-kepada-syed-abdul-rahman-kerana-memfitnah-1.97823

Blogger Burukkan MRCB Kerana Tak Dapat Duit Kena Saman
https://pakdin.my/blogger-burukkan-mrcb-kerana-tak-dapat-duit-kena-saman/

UTAMABERITAZAHARIN MOHD YASIN MOHON MAAF KERANA MEMFITNAH MRCB

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium