Dalam pada majoriti rakyat benar-benar sedih dengan kehilangan KM Sarawak Allahyarham Adenan Satem dan mengucapkan takziah, terdapat beberapa macai RBA memberi komen kurang ajar di portal Mkini dan Laman Facebook FMT. Tidak sabar-sabar untuk menunjukkan kepada dunia kebodohan dan sifat tidak sensitif mereka.
Orang-orang ini membuat kita marah dan mereka ini jelas tidak ada perasaan malu walau sedikit pun.
Walaupun Mkini tahu sebahagian besar pembaca mereka memang bodoh dan mempunyai akal yang singkat tetapi tidak menutup ruangan komen pada artikel mengenai pemergian Adenan Satem pada portal mereka.