Najib menulis pada Facebook beliau:
“Petang semalam saya di Padang Awam Kuala Ketil, Baling untuk program bersama penduduk setempat di situ. Ramai yang hadir, saya dimaklumkan anggaran lebih kurang 20 ribu orang, kalau buat di stadium mesti penuh tempat duduk. Terima kasih orang Kedah sambutan cukup baik diberikan kepada saya.”
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154104488095952&substory_index=0&id=157851205951
[contentcards url=”https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154104488095952&substory_index=0&id=157851205951″ target=”_blank”]
_______
Najib silap. Kalau diadakan di Stadium Malawati tak muat kerana kapasiti stadium berkenaan hanya untuk 13 ribu orang sahaja.
Bagaimanapun, Najib berada di Utara Malaysia sekarang dan telah melawat perumahan PR1MA Sungai Petani fasa 1 dan fasa 2. projek-projek di mana 2,744 rumah kini telah siap dibina.
Pembinaan telah bermula pada 1 Mac 2014. Rumah teres satu tingkat telah dijual pada harga RM165k (898 kaki persegi) manakala yang dua tingkat dijual pada harga di RM263k (1,785 kaki persegi). Ini termasuk kemudahan seperti taman permainan, Taska, Tadika, dewan komuniti, surau, gelanggang bola keranjang dan CCTV.
Sangat menarik dan syabas kepada PR1MA.
—