Datuk Seri Najib Razak berkata, hari ini adalah permulaan untuk mengadakan sesi Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) untuk membina masa depan bersama.
Katanya, ini adalah masanya untuk semua rakyat Malaysia memandang 30 tahun akan datang.
“Adalah amat sesuai bagi kita untuk memulakan wacana dengan golongan belia pada ketika membuat persiapan masa depan bagi generasi akan datang,” katanya ketika berucap pada Dialog Perdana Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Dewan Tuanku Canselor Universiti Malaya di sini, malam ini.
Perdana Menteri berkata, maklum balas dari wanita, ahli akademik, ahli perniagaan dan tokoh agama untuk diambilkira serta seharusnya wawasan baharu mesti datang daripada rakyat.
Selain itu, katanya, kerajaan mahukan pendidikan yang diiktiraf di peringkat global dan ekonomi yang pesat bagi memacu peluang kerjaya dengan gaji tinggi.
“Ada dua perkara yang saya mahukan, ekonomi kita untuk mencapai RM2 trilion dalam tempoh lapan tahun dan Malaysia berada dalam senarai 20 negara teratas di dunia,” katanya.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10154107843940952&id=157851205951
[contentcards url=”https://facebook.com/story.php?story_fbid=10154108038390952&id=157851205951″ target=”_blank”]