CAJ SEDIADA RAWATAN PERGIGIAN PESAKIT LUAR (WARGANEGARA) DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN KEKAL

CAJ SEDIADA RAWATAN PERGIGIAN PESAKIT LUAR (WARGANEGARA) DI FASILITI KEMENTERIAN KESIHATAN KEKAL

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa caj rawatan pergigian sediada bagi pesakit kelas 3 (inpatient) dan pesakit luar (outpatient) adalah DIKEKALKAN.

Ini bermakna, pesakit yang mendapatkan rawatan pergigian tetap membayar caj yang rendah pada kadar subsidi yang amat tinggi dibiayai oleh Kerajaan.

Kerajaan sentiasa peka terhadap penjagaan kesihatan yang bermutu tinggi pada kadar yang berpatutan.

Misalnya, pesakit sekadar membayar:
• RM2 untuk penskaleran dan penggilapan gigi (scaling/cuci gigi),
• RM2 untuk tampalan gigi, dan
• RM1 untuk cabutan gigi

Dimaklumkan bahawa semakan caj pergigian dalam Perintah Fi (Perubatan) (Pindaan) 2017 adalah hanya melibatkan pengurangan subsidi bagi pesakit Kelas 1 dan Kelas 2 (inpatient) seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.

Oleh itu, KKM ingin menegaskan bahawa Kerajaan sememangnya terus komited untuk memberikan perkhidmatan dan rawatan kesihatan berkualiti tinggi pada kadar yang amat rendah kepada semua Rakyat Malaysia.

DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM
MENTERI KESIHATAN MALAYSIA

6 FEBRUARI 2017

20170206-caj-pergigian

https://pakdin.my/caj-rawatan-pergigian-di-fasiliti-kesihatan-kerajaan-masih-terus-diberi-subsidi-yang-tinggi/

FOKUS

Zara Qairina

Berkaitan

#PRNJohor: UMNO pulangkan perkataan ‘podah’ kepada Muhyiddin

COVAXIN diluluskan untuk kegunaan semasa bencana – KP Kesihatan

#PRNJohor: PPBM bakal terkubur

#PRNJohor: ‘Tungganglah Vellfire, jangan tunggang agama’

#PRNJohor: MB berpegang teguh Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri

Terkini:

Menteri Agama Tak Tabayyun Dalam Isu RCI Tabung Haji?

[VIDEO] Hotel FELDA mana nak dijual? PMX, jangan buat rakyat keliru

Mengenai kami