(Bagaimanapun, Mkini mungkin terlupa untuk melaporkan berita ini. Dah cari tapi tak jumpa di laman web mereka)
Pengumuman hari ini akan bermakna bahawa ramalan Malaysia akan bankrap akan sekali lagi tertangguh.
Perdagangan antarabangsa negara amat baik pada Disember 2016 – meningkat sehingga 10.7% berbanding tahun yang lalu dengan semua segmen (minyak sawit, getah, petroleum, barangan perkilangan) mencatatkan pertumbuhan yang baik.
Kedua-dua eksport dan import mencatatkan pertumbuhan tertinggi bagi keseluruhan bulan-bulan pada 2016.
Dan ia bukan hanya disebabkan oleh kesan mata wang kerana kadar pertukaran purata pada Disember 2015 adalah AS $ 1 = 4,2811 berbanding 4,4599 pada Disember 2016 – perbezaan 4.18%. Bermakna terdapat pertumbuhan sebenar dalam eksport negara.
Bagi keseluruhan tahun 2016, jumlah perdagangan Malaysia berkembang 1.5% berbanding 2015 dan merupakan tahun ke-19 lebihan dagangan yang berterusan.
Lebihan dagangan yang sihat RM8.7 bilion dicatatkan, meningkat sebanyak RM360.1 juta atau 4.3% daripada tahun sebelumnya.