500 TAPAK WARISAN P. PINANG JATUH KE TANGAN WARGA ASING? - pakdin.my

PULAU PINANG: Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat seolah-olah lepas tangan sehingga menyebabkan lebih 500 tapak warisan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) di negeri ini didakwa jatuh ke tangan warga asing.

Proses jual beli melibatkan warga Singapura dan Australia itu sebaliknya dipercayai tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang membolehkan mereka memiliki aset tersebut dengan mudah.

Timbalan Pengerusi Parti Gerakan negeri, Oh Toh Keong berkata, pihaknya sudah tampil mendapatkan penjelasan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir, Chow Kon Yeow tetapi gagal memperoleh statistik sebenar.

Sebaliknya kata Toh Keong, kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng se­perti berselindung dengan memberitahu hanya 100 tapak warisan di negeri ini telah dijual kepada warga asing.

Toh Keong menegaskan, tapak warisan itu sepatutnya dipelihara dan jika ingin djual, pembeli harus menduduki negeri ini lebih dari 10 tahun.

“Pulau Pinang kini berubah wajah dengan kebanjiran pendatang a­sing dan tambah membimbangkan apabila mereka mempunyai aset sendiri sedangkan rakyat tempatan terpaksa berputih mata,” jelasnya kepada pemberita di sini hari ini.

Toh Keong turut menyelar tindakan Guan Eng yang ko­nonnya menyatakan pendirian sayang kepada negeri ini tetapi seolah-olah goyang kaki dengan masalah membebankan kehidupan rakyat.

Kata beliau, jika Guan Eng benar sayangkan rakyat negeri ini, kerajaan di bawah pimpinannya tidak sewenang-wenangnya mengenakan caj tempat letak kereta setiap hujung minggu dan cuti umum sedangkan itu manifesto mereka semasa pilihan raya umum lalu.

“Begitu juga dengan kutipan tol dan caj tarif yang dinaikkan sehingga tujuh kali ganda serta janji kosong pembinaan rumah kos rendah yang sehingga hari ini tidak nampak bayang,” jelasnya.

20170209-world-heritage-pulaupinangorang-luar

UTAMAPOLITIK500 TAPAK WARISAN P. PINANG JATUH KE TANGAN WARGA ASING?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium