Penjelasan Datuk Dr. Hassan Ali kepada mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat hari ini tidak mencukupi.
Sehubungan itu PAS akan mengadakan pertemuan langsung bersama Jabatan Agama Islam Selangor, Jais dan Gereja Methodist Damansara Utama bersabit kejadian pemeriksaan gereja Rabu lalu bagi mendapat maklumat ‘lebih jelas’.
Rancangan itu di putuskan dalam mesyuarat 5 jam parti berkenaan di ibu pejabatnya di ibunegara pagi tadi.
PAS tidak membincang isu tindakan disiplin terhadap Datuk Dr Hassan sebaliknya mengambil keputusan berikut.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG / PRESIDEN PAS
PAS akan minta bertemu dengan JAIS dan pihak gereja secara langsung untuk kita minta penjelasan kepada yang berkenaan dan kita ada penyelesaian InsyaAllah dalam mengatasi masalah ini.
Di tanya, apakah penjelasan Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur Dan Kemudahan Awam Selangor itu tidak memuaskan hati dalam mesyuarat hari ini, sehingga perlu bertemu dengan JAIS dan gereja sendiri, ini jawapan Datuk Seri Abdul Hadi.
DATUK SERI ABDUL HADI AWANG / PRESIDEN PAS
(Apakah maknanya penjelasan Hasan Ali tak jelas) Mesti daripada pihak yang berkenaan supaya bersikap adil daripada JAIS sendiri dan daripada gereja sendiri.
PAS akan hanya membuat pendirian selesai pertemuan dengan 2 pihak terbabit.
Sebelum ini beberapa pihak dalam pimpinan PAS menyatakan rasa tidak setuju Datuk Dr. Hassan merestui serbuan itu.
Di peringkat negeri, Menteri Besar Selangor mengarahkan exco supaya tutup mulut dan telah secara peribadi menghubungi gereja untuk meminta maaf.