Benarkah dua lagi pemimpin kanan DAP akan keluar parti Khabarnya mereka tidak tahan lagi Tokong dan parti yang tak berprinsip ini. Cuba ikuti perkembangan.
Tag Azmin Ali MB Selangor
—-
Pemimpin kanan DAP S’gor, Johor pula keluar parti?
Dua lagi pemimpin kanan DAP dijangka bertindak keluar parti dalam masa terdekat, tidak sampai 48 jam selepas empat pemimpin DAP Melaka berbuat demikian, kata bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.
“Seorang dari Selangor dan seorang lagi dari Johor. Kedua-duanya pemimpin kanan. Bila? Dalam masa terdekat. Cakap-cakap mahu keluar parti ini sudah lama kedengaran. Ini permulaan kejatuhan DAP.
“Saya percaya bilangan akan bertambah. Orang sudah mula membuka mata. Mereka sangat marah dengan perubahan hala tuju yang mendadak selepas bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir Mohamad yang dulunya musuh ketat.
“Bayangkan, semasa pentadbiran Mahathir, ramai anggota DAP ditahan di Pusat Tahanan Kamunting di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan tiba-tiba anda bentuk kerjasama dengannya. Mereka tidak boleh terima perkara ini,” katanya kepada Bernama hari ini.
Empat pemimpin DAP Melaka termasuk tiga anggota dewan undangan negeri iaitu Lim Jak Wong (Bachang), Chin Choon Seong (Kesidang) dan Goh Leong San (Duyong), serta Anggota Parlimen Kota Melaka Sim Tong Him bersama-sama mengumumkan keluar parti pada Ahad.
Mereka mendakwa telah hilang keyakinan terhadap parti selain kecewa dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkenaan hubungan rapat parti dengan Dr Mahathir.
Tunku Abdul Aziz berkata tindakan keluar DAP itu dilihat sebagai virus yang akan berkembang dan menjadi penyakit yang pada akhirnya akan menjejaskan kekepimpinan parti, pakatan pembangkang seRta persediaan mereka menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Dalaman DAP sangat lemah sekarang. Kepimpinan parti atau kononnya ‘Dinasti Lim’ akan jatuh. Tindakan keluar parti di Melaka hanya permulaan, sesuatu mencetuskannya. DAP kini goyah.
“Inilah sebabnya anda tidak harus sentiasa menyalahkan orang lain dan patut terima kesalahan sendiri. Rakyat, anggota, penyokong tidak gembira. Anda tidak pernah peduli dan dengar akan mereka walaupun anda dakwa ‘ada ruang untuk semua pandangan’, yang jelas sekali sekadar retorik. Tiba masanya untuk anda terima hukuman,” katanya.
Perkara sama turut dibayangkan bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan Zulkifli Mohd Noor bahawa DAP kini di ambang kehancuran dengan lebih ramai lagi anggota dan pemimpin dijangka meninggalkan parti itu tidak lama lagi.
Beliau berkata ini kerana kumpulan yang diibarat api dalam sekam itu sudah lama bersabar dengan kepimpinan tertinggi parti yang dilihat tidak lagi relevan dalam perjuangan termasuk membuat pelbagai keputusan demi kepentingan peribadi dan bukannya agenda parti seperti diperjuangkan selama ini.
“Mereka ingin menegur parti tetapi dikenakan tindakan. Jadi mereka ini boleh nampak, boleh dengar tetapi tidak boleh cakap atau tegur. Mereka ini harapkan perubahan selepas kejayaan DAP pada pilihan raya umum 2008 dengan menguasai Pulau Pinang dan membentuk pakatan kuat di negeri lain tetapi perjuangan DAP sudah berubah.
“Maka kebakaran kecil mulai berlaku dan sekam mula merebak. Kita tidak tahu berapa banyak sekam (anggota yang tidak berpuas hati) yang ada sekarang tapi ia akan merebak.
“Walaupun sekarang baru empat orang, harus diingat mereka ini sangat berkaliber dan mempunyai pengalaman yang cukup tentang DAP dan tulang belakang perjuangan DAP di Melaka,” katanya.
Zulkifli yang juga Presiden Parti Alternatif Rakyat, berkata apa yang berlaku di Melaka bakal memberi mimpi buruk kepada persiapan DAP menjelang pilihan raya umum ke-14 tidak lama lagi.