Aku dah bercakap lama dulu pasal pengkalan data sistem pengurusan isu. Puluh tahun dahulu tapi dipandang sepi, mungkin mereka ingat Kerajaan BN tidak akan tumbang sampai bila-bila dengan sistem dan corak pemikiran yang telah digunapaki dari sejak zaman kemerdekaan.
Orang-orang keliling menteri dan pembuat dasar lebih seronok mengampu daripada menyampaikan idea bernas untuk menambahbaik perkhidmatan kepada rakyat.
Rasanya sudah sampai masa universiti di Malaysia mewajibkan bidang ampu mengampu sebagai kursus wajib. Kalau setakat ada ilmu susah mereka nak terima ilmu yang kita anda tanpa ada ilmu mengampu dan membodek.
Sistem Pangkalan Data Isu-Isu Sosial Dilancarkan – Shahrizat
KUALA LUMPUR: Maklumat berkaitan isu sosial yang dikendalikan semua agensi dan jabatan di
bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan dikumpul dalam satu pangkalan sistem bagi memudahkan capaian dan rujukan antara jabatan dan agensi.
Sistem Pangkalan Data Isu-isu Sosial (SPDIIS) yang kini masih di peringkat pembangunan itu dilancarkan oleh Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pada Isnin.
“Sekarang kita nak menentukan ada satu pangkalan data supaya senang untuk diakses dan yang mustahak ia akan menjadi satu rujukan kepada polisi dan tindakan yang dijalankan kementerian dan jadi rujukan agensi dibawahnya,” katanya kepada media selepas melancarkan sistem itu di sini Isnin.
Shahrizat juga berkata pembangunan sistem SPDIIS itu adalah salah satu langkah untuk mempertingkatkan lagi pembangunan sosial negara setaraf dengan pembangunan ekonomi negara dalam matlamat mencapai taraf negara maju.
Sementara itu, Pengarah Institut Sosial Malaysia (ISM) Prof Dr Mohammed Fadzil Che Din memberitahu Bernama bahawa proses pengumpulan data sistem itukini mencapai 60 peratus dan keseluruhan maklumat dijangka akan dapat dikumpul sepenuhnya sebelum penghujung tahun ini.
“Buat masa ini hanya agensi dan jabatan di bawah kementerian sahaja yang dapat mengakses sistem itu, setelah siap sepenuhnya nanti orang ramai bolehmengaksesnya di portal yang akan dimaklumkan kemudian,” katanya