Ahli Parlimen DAP Teresa Kok perlu memberitahu gambaran yang sebenar dan bukannya mengelirukan dan menghasut rasa takut dan kebencian di kalangan orang bukan Islam di Malaysia.
Dalam kes yang di gambarkan hanya sebahagian oleh Teresa Kok mengenai hukuman sebat di Aceh sebenarnya pesalah beragama Buddha sendiri memilih hukuman syariah walaupun sebenarnya Acheh memiliki undang-undang berasingan bagi penganut Islam dan bukan Islam.
Orang bukan Islam yang melanggar undang-undang Islam sama ada boleh memilih untuk dibicarakan di bawah sistem undang-undang negara atau syariah.
Dua penganut Buddha mungkin akan menghadapi hukuman penjara di bawah undang-undang negara Indonesia.
“Kita hidup di Aceh, jadi kita perlu mematuhi peraturan di wilayah kita,” kata Alem sejurus selepas dirotan.
—
Rujukan:
http://news.asiaone.com/news/asia/indonesian-buddhists-caned-under-sharia-first-time