Untuk beberapa tahun, Lim Guan Eng adalah amat tegas untuk membina terowong Pulau Pinang dengan mengenakan tol selama 30 tahun.
Ketika ditanya mengapa perlu mengutip tol pada terowong tersebut walaupun ianya bertentangan dengan Manifesto Pakatan, dia berulang kali menjawab:
“Jika kita tidak mengutip tol maka pengendali Jambatan Pertama dan Jambatan Kedua Pulau Pinang akan menyaman kerana kehilangan perniagaan.”.
Itulah alasan sangat bodoh. Ia seperti mengatakan hospital swasta akan menyaman hospital awam kerana kehilangan perniagaan atau syarikat konsesi tol akan menyaman Kerajaan kerana menyediakan jalan alternatif bebas tol.
Pada mulanya, LGE tidak kisah memberi alasan bodoh tetapi apabila kemudiannya Abdul Rahman Dahlan dan lain-lain memberi penelitian mencabar kepada projek ini pada bulan Mac dan April tahun lepas Guan Eng serta-merta mengubah cadangan.
Rahman menegaskan bahawa Kerajaan Pulau Pinang pada dasarnya membayar kos pembinaan penuh terowong tetapi masih memberikan syarikat itu membina terowong dengan konsesi 30 tahun.
Kontraktor telah mendapat keuntungan daripada pembinaan tetapi masih mengutip lebih banyak wang dari tol selama 30 tahun dengan anggaran kira-kira RM8 bilion diberi percuma.
Ini adalah perjanjian konsesi yang paling luar biasa pernah berlaku dan menewaskan semua perjanjian berat sebelah Mahathir.
Setelah tidak dapat mempertahankannya lagi, Lim Guan Eng kini cuba untuk memesongkan dan tai-chi dengan berkata dia akan mengubah terowong 30 tahun ke jambatan bebas tol dan menulis surat kepad Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof pada Mei tahun lepas.
Ada keraguan yang besar tertadap keikhlasan beliau kerana kini telah hampir setahun dan Kerajaan DAP Pulau Pinang masih tidak dapat memberikan walau sekeping dokumen sokongan untuk permohonan mereka walaupun telah banyak kali berjanji – mungkin permintaan ini hanya untuk menghentikan serangan ke atas model perniagaan asal yang sangat berat sebelah.
Pada mulanya berkata beliau tidak mempunyai masalah memberikan laporan kajian. Kemudian beliau bertanya mengapa perlu menyerahkan laporan kajian. kemudian dia berkata tiada masalah untuk memberi laporan kajian berkenaan.
Kemudian dia berkata, kajian belum siap dan akan memberikan pada awal 2017.
Dan yang terkini, semalam Guan Eng memberitahu bahawa kajian masih pada peringkat 87% kerana “Projek BN 18 tahun yang lalu pada tahun 1999” dan dia BERHARAP untuk menyerahkannya menjelang akhir tahun 2017.
—
LSS.