Selepas banyak pihak seakan tidak mengendahkan kenyataan Rafizi berkaitan perjanjian kerajaan Malaysia dengan syarikat Aramco baru-baru ini, Ahli Parlimen PKR Pandan Rafizi Ramli mula mereka cerita baru tetapi menggunakan modal fitnah yang sama iaitu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tuduhannya kali ini kononnya beliau ada bukti bahawa terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada syarikat pelaburan negara itu.
Lebih jahat, Rafizi berkata wang berkenaan hadir dari akaun bank Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Rafizi kini nampaknya memainkan watak sebagai balaci kelas rendah selepas dirinya bakal masuk ke penjara selama 18 bulan kerana kesalahan memiliki dan mendedahkan satu halaman muka surat 98 Laporan Pengauditan 1MDB.
Jadi, tugas membuat fitnah dan membuat cerita rekaan diserahkan kepadanya dan nampaknya Rafizi begitu seronok melakukannya biarpun sudah acapkali dikenakan tindakan kerana memfitnah.
Pada 26 Januari tahun lepas, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengenakan denda RM1,800 kepada beliau yang juga Naib Presiden PKR kerana didapati bersalah memfitnah UMNO.
Hakim Azwarnida Arrifin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan tiada keraguan munasabah terhadap Rafizi yang menuduh UMNO terlibat dalam serangan terhadap gereja menggunakan Molotov.
Kemudian, Rafizi kantoi memfitnah apabila menggunakan satu screenshot palsu yang menunjukkan aktivis media sosial seperti berbual dengan seseorang bernama Pak Mael berkenaan hutang MRT yang sebenarnya juga adalah cerita bohong Rafizi.
Fitnah paling memalukan ialah apabila Rafizi mengaku memfitnah dan hanya berseloroh apabila membuat cerita berkaitan Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Dalam pembelaannya terhadap saman berkenaan, Rafizi berkata Perdana Menteri dan isteri tidak boleh menganggap kenyataannya sebagai fitnah tetapi berseloroh.
“Kata-kata itu mesti difahami dalam konteks yang betul. Ia tidak mengandungi fitnah,” katanya.
Dalam kenyataan fitnah itu, Rafizi berkata harga bahan api yang semakin meningkat akan membolehkan Rosmah membeli lebih banyak cincin berlian.
Rafizi juga bergantung kepada pembelaan ulasan wajar dan perlindungan bersyarat untuk saman itu ditolak.
Kali ini, Rafizi membuat lagi cerita fitnah dan guna semula kisah 1MDB dan kali ini kaitkan PAS pula dalam menerima dana daripada syarikat berkenaan.
Jalan ceritanya menggunakan satu watak individu yang rapat dengan 1MDB untuk memberikan dana itu, jika benar ia adalah bukti, Rafizi boleh sahaja namakan siapa individu berkenaan dan tidak perlu berahsia.
Sebabnya ianya cerita karut dan fitnah, Rafizi sengaja persepsi sebegitu. Semalam Rafizi “frust” kerana karangan karutnya yang panjang untuk bantah RUU355 tidak sempat dibaca.
Kalau diberi izin baca pun, ianya tetap cerita mengarut. Bila bengang begitu, mulalah Rafizi “create story” baru. Kononnya PRU14 akan diadakan pada Jun 2017 dan kononngya duit 1MDB masuk kepada pemimpin PAS.
Ini semua cerita orang yang habis modal. Cerita sampah dari seseorang yang sudah dibuktikan bersalah di mahkamah kerana buat cerita fitnah.
Cerita San Miguel, Petron, taukeh judi anak anak Mahathir bila Rafizi hendak nafikan? Betul ke tidak? Bila anak anak Mahathir hendak saman Rafizi kerana cerita itu?