AIDCNews: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dikelilingi tokoh-tokoh perniagaan yang menjadi suspek rasuah oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Dato Seri Khor Teng Tong dari Hunza Land telah ditangkap. Dihadapkan ke mahkamah pagi ini. Pemaju besar di Pulau Pinang. Sangat rapat dengan Tokong (Guan Eng),” dedah Mejar Huan Penang dalam Facebook hari ini.
Sementara itu, Berita Harian melaporkan Datuk Seri dan anaknya yang bergelar Datuk ditahan SPRM berhubung penyalahgunaan kedudukan berhubung penjualan tanah milik anak syarikat Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.
Datuk Seri dan anaknya yang juga pemilik sebuah syarikat pemaju hartanah terkemuka di Pulau Pinang ditahan dalam satu operasi khas SPRM, pada jam 7 malam ini.
Penasihat syarikat pemaju yang berusia 74 tahun itu ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang manakala anaknya yang berusia 47 tahun yang juga pengarah urusan syarikat itu ditangkap di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
Sumber berkata, penahanan itu susulan daripada siasatan SPRM terhadap seorang pemegang amanah yayasan itu di Pulau Pinang pada 29 Mac lalu kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukannya bagi kepentingan peribadi.
Katanya, kedua-dua suspek itu dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan serta harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal.
“Perbuatan itu menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan itu sejak beberapa tahun yang lalu.
“Kedua-dua tangkapan dibuat pada jam 7 malam ketika hadir untuk memberi keterangan membantu siasatan kes itu, ” katanya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata kedua-duanya dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown esok (hari ini) untuk direman Kes itu disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009.
Sebelum ini, seorang pemegang amanah yayasan bergelar ‘Datuk’ direman bagi membantu siasatan SPRM selepas dipercayai menjual tanah milik anak syarikat yayasan berkenaan di negeri ini, selain membuat keputusan sendiri tanpa melalui persetujuan ahli lembaga pengarah.
Rujukan:
https://aidcnews.wordpress.com
Facebook Datuk Huan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211461286119640&id=1587733405
*********
Datuk Seri, Anak Ditahan Skandal Tanah Di Pulau PinangSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang individu bergelar Datuk Seri dan anaknya yang berstatus Datuk berhubung siasatan skandal tanah membabitkan Yayasan Bumiputra Pulau Pinang Berhad.
Menurut sumber, kedua-dua suspek dari syarikat pemaju hartanah terkemuka di negeri itu yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditahan pada kira-kira pukul 7 malam Selasa ketika hadir untuk memberi keterangan bagi membantu siasatan.
“Datuk Seri berusia 74 tahun itu yang juga penasihat syarikat pemaju tersebut ditahan di Pejabat SPRM Pulau Pinang, manakala anaknya yang merupakan pengarah urusan syarikat berusia 47 tahun ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya.
“Kedua-dua suspek dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan mereka dan menjual tanah milik anak syarikat yayasan tanpa melalui proses dan tatacara yang ditetapkan pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga asal,” katanya.
Menurut sumber, syarikat pemaju hartanah yang berpengkalan di Georgetown itu didapati membangunkan beberapa hartanah di sekitar Pulau Pinang termasuk di Bandar Kepala Batas dan Tanjung Bungah.
“Perbuatan mereka dipercayai mengakibatkan kerugian jutaan ringgit kepada anak syarikat milik yayasan sejak beberapa tahun lalu,” ujar sumber.
Penahanan kedua beranak itu susulan SPRM menahan seorang pemegang amanah yayasan tersebut di Pulau Pinang pada 29 Mac lalu kerana disyaki salah guna kuasa.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut, sambil menambah kedua-duanya akan dibawa ke Mahkamah Majistret Georgetown pada Rabu untuk direman.
Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama iaitu penjara tidak lebih 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.