Pembangkang terus menggunakan peningkatan Hutang Luar Negeri Kasar untuk mengelirukan rakyat Malaysia.
Tetapi jika kita melihat kepada negara-negara membangun berhampiran Malaysia, kita akan dapat melihat bahawa ia tidak menjadi masalah kepada mereka bagi kadar hutang yang meningkat.
Pada akhir 2016, hutang luar negeri kasar Australia ialah RM6,416 bilion (AUS $ 1,927 bilion) iaitu 116.1% daripada KDNK negara berkenaan.
Singapura pula adalah pada RM5,837 bilion (S$1,856 bilion) dan hutang luar negeri kasar berbabding nisbah KDNK adalah yang mengejutkan 460.7%.
Hong Kong adalah pada RM5,382 bilion (HK$10.313 bilion) dengan nisbah berbanding KDNK mereka adalah 437.3%.
Bandingkan dengan jumlah hutang luar negeri Malaysia RM908.7 bilion, yang hanya 73.9% daripada KDNK.
Malah, hutang luar negeri kasar berkembang tidak dapat dielakkan apabila yang kita beralih kepada ekonomi yang membangun dengan sistem kewangan yang kukuh dan keupayaan pengeluaran.
Menurut Bank Negara Malaysia, kedudukan asas dalam hutang luar negeri Malaysia menunjukkan tidak menjadi masalah kepada Malaysia.
BNM berkata lebihan dalam kedudukan pelaburan antarabangsa di negara ini menjadikan Malaysia sebuah NEGARA PEMIUTANG bukan PENGHUTANG (creditor bukan debtor) , dengan sebahagian besar aset luaran yang dimiliki oleh syarikat dan bank-bank.
Malaysia juga tidak meminjam walau sesen pun daripada IMF atau Bank Dunia.
Baca lebih lanjut daripada BNM mengenai mengapa kita tidak harus terpedaya dengan propaganda negatif dan menghasut pembangkang tentang hutang luar negeri kasar sekiranya kita terpedaya untuk mempercayai sesuatu yang buruk apabila ia sebenarnya baik.
********
Rujukan:
Australia
Singapore
http://www.singstat.gov.sg/methodologies-standards/data-dissemination-standard/national-summary-page
Hong Kong