Majlis Syura Ulama PAS memutuskan hubungan politik antara parti itu dengan PKR terbatal.
Badan tertinggi parti itu yang bersidang siang tadi menjelaskan PKR telah banyak melanggar syarat-syarat tahaluf siyasi dan kedudukan parti itu dalam kerajaan negeri Selangor diserahkan kepada Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk dinilai semula.