‘OutSyed the Box’ kembali dengan propaganda yang berbelit-belit mengenai GST 6% telah menyebabkan sektor perkilangan yang memberi peluang pekerjaan berpindah ke Vietnam dan Thailand.
Mungkin dia tidak tahu bahawa GST di Vietnam adalah 10% dan Thailand 7%?
Beliau juga mengatakan bahawa gaji minima disini sebanyak RM1,000 sebulan menyebabkan sesetengah kilang ditutup kerana ia menjadikan Malaysia sebuah negara yang tidak kompetitif dengan kos yang rendah – oleh itu beberapa kilang pengeluaran telah berpindah ke Vietnam dan Thailand.
Jika itu lah masalahnya, maka ianya adalah bagus dan baik.
Adakah ‘OutSyed’ pernah bertanya berapa ramai penduduk tempatan mahu berkerja dikilang pada gaji RM1,000 sebulan?
Tidak ramai.
Ini bermakna bahawa strategi kerajaan untuk meningkatkan nilai rantaian menjadi negara berpendapatan tinggi membuahkan hasil.
Malaysia tidak perlu dan tidak lagi mahu menjadi negara pembuatan yang bersaing hanya berasaskan kos terendah.
Ini bermakna gaji kita akan sentiasa rendah kalau kita mahu bersaing dengan Vietnam dan Thailand yang mempunyai gaji yang lebih rendah.
‘OutSyed’ memperlihatkan tipikal minda yang dimiliki oleh Mahathir dalam mahu terus memastikan rakyat Malaysia mendapat gaji yang rendah.
Kilang seperti seperti BAT dan Tien Wah (237 pekerja), yang membekalkan kertas cetakan kepada Bat telah ditutup, kilang-kilang dan industri lain pula telah dibuka atau berkembang – seperti Spirit AeroSystems yang membuat komponen sayap komposit Airbus A350 dan Boeing 787 dan menambah 300 peluang pekerjaan kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan yang lebih tinggi.
Penutupan Seagate dan WD pula, sila beritahu ‘OutSyed’ bahawa syarikat-syarikat ini mengeluarkan Hard Disks (cakera keras) – dan pasaran untuk cakera keras menyusut apabila dunia beralih dari PC ke peranti yang tidak mempunyai cakera keras dan menggunakan storan flash.
Sila beritahu juga ‘OutSyed’ untuk mendengar apa yang dikatakan oleh Guan Eng tentang Seagate dan penutupan WD di Pulau Pinang yang bermakna kehilangan 3,000 dan 1,200 pekerjaan – kebanyakannya pekerja warga asing.
Sektor perkilangan Pulau Pinang mempunyai lebih 20,000 peluang kerja, kata CM Lim Guan Eng.
“Langkah penstrukturan semula dijalankan sepanjang masa, jadi akan ada kehilangan pekerjaan dan mendapat pekerjaan. Syarikat-syarikat baru masih datang sementara yang sedia ada seperti JA Solar juga berkembang.” Kata Guan Eng.
Sila beritahu ‘OutSyed’ bahawa Toyota, Top Glove, Paramit, JA Solar, Nestle, Boston Scientific, Japan Taiki, Xinyi Glass dan lain-lain telah membuka atau akan membuka kilang-kilang baru di Malaysia.
Dan bukan hanya menyediakan pekerjaan baru kepada kilang yang dibuka tetapi industri perkhidmatan ini membayar lebih gaji lebih tinggi (seperti IKEA, Premium, Outlet, Taman Tema Animasi Perak) di tengah-tengah ledakan pelancongan yang berterusan dan permintaan dalam negeri terus meningkat.
Sila beritahu ‘OutSyed’ bahawa pelaburan perkilangan di Malaysia masih teguh dan bertambah pada 2016 berbanding tahun 2015 – itulah sebabnya Malaysia telah mengalami pertumbuhan eksport dua angka dalam tempoh 7 bulan yang lalu termasuk peningkatan eksport 32.5% pada Mei 2017.
Sekiranya begitu banyak kilang ditutup maka bagaimanakah kita boleh meningkatkan 20% hingga 30% pertumbuhan eksport bagi sektor pembuatan?
Lihat sini: ‘Malaysia’s Trade Statistics’ http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/trade-market-information/trade-statistics dan disini ‘Trade Performance 2017’ http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/trade-market-information/trade-statistics/158-malaysian-exporters/trade-performance-2017
Sila gunakan logik.
OutSyed hanya melihat 3 atau 4 kilang yang ditutup tetapi tidak melihat berpuluh-puluh kilang yang baru dibuka atau beralih terus ke industri perkhidmatan yang memberikan gaji lebih tinggi.
*OutSyed mengatakan bahawa 10,000 telah hilang pekerjaan setakat tahun ini tetapi statistik rasmi menunjukkan bahawa jumlah pekerjaan di Malaysia telah meningkat dari 14.276 juta pada Disember 2016 kepada 14.454 juta pada bulan Mei 2017 – peningkatan 178,000 pekerjaan*
Lihat disini: ‘Malaysia Employed Persons’ https://tradingeconomics.com/malaysia/employed-persons
Dan jika OutSyed masih bimbang akan ada rakyat Malaysia yang kehilangan pekerjaan kerana gaji minimum di kilang-kilang yang dia sebutkan, sila minta beliau beritahu orang ramai untuk bekerja di FGV yang sangat memerlukan 8,000 pekerja kerana mereka kehilangan RM2 juta Sehari disebabkan oleh kekurangan pekerja.
Lihat sini: ‘Ops imigresen, Felda rugi RM2 juta sehari akibat kurang pekerja’ http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/18/ops-imigresen-felda-rugi-rm2-juta-sehari-akibat-kurang-pekerja/
Saya yakin FGV akan menawarkan lebih tinggi daripada gaji minimum untuk pekerja tempatan – JIKA mereka menginginkan pekerjaan tersebut.
LSS.
**********
Rujukan:
‘Malaysia’s Trade Statistics’ http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/trade-market-information/trade-statistics
‘Trade Performance 2017’ http://www.matrade.gov.my/en/malaysian-exporters/services-for-exporters/trade-market-information/trade-statistics/158-malaysian-exporters/trade-performance-2017
‘Malaysia Employed Persons’ https://tradingeconomics.com/malaysia/employed-persons
‘Ops imigresen, Felda rugi RM2 juta sehari akibat kurang pekerja’ http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/07/18/ops-imigresen-felda-rugi-rm2-juta-sehari-akibat-kurang-pekerja/