“Adakah isu kilang haram yang menyebabkan kematian dan aduan penduduk sehingga saya menangis dianggap perkara lucu dan kemudian saya dipersendakan sehingga dilabelkan sebagai beremosi?” soalnya lagi.
Tidak boleh nak menyalahkan Hanna Yeoh kerana menjadi hipokrit kerana dia kena mempertahankan Tokong Guan Eng.
*****************
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin mengingatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Hannah Yeoh bahawa tindakan beliau membangkitkan isu rakyat bukan perkara remeh.
Norlela berkata, semua pihak perlu memahami perjuangan beliau adalah menyuarakan masalah rakyat dalam kawasan yang diwakilinya.
Sehubungan itu, ujarnya, setiap perkara yang dibangkitkan termasuk isu kilang haram di Kampung Sungai Lembu yang memudaratkan kesihatan penduduk bukan bersifat emosional.
“Kenapa Hannah hendak menggunakan contoh saya menangis dalam sidang DUN untuk menunjukkan saya beremosi? Dia (Hannah) tidak tahu kebenaran serta cara menakut-nakutkan yang saya kena kerana dia tidak pernah tanya.
“Saya menangis sewaktu sidang DUN pada 2015 kerana usul supaya kerajaan negeri ambil tindakan yang lebih tegas terhadap kilang haram berkenaan yang menyebabkan seorang pemandu lori melecur dan meninggal dunia. Adakah itu dianggap remeh dan emosional?” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini, hari ini.
Norlela mengulas kenyataan Hannah baru-baru ini yang menyebut “hanya kerana anda menangis tidak bermakna orang lain perlu beri apa yang anda mahukan”.
Hannah menerusi Facebook juga menafikan kerajaan DAP Pulau Pinang membuli Norlela.
Mengulas lanjut, Norlela menjelaskan, aduan penduduk yang mendakwa mereka menghidap kanser kerana operasi kilang haram dan disahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) juga bukan isu remeh.
“Saya juga bantu nelayan memohon infrastruktur seperti air dan bekalan elektrik serta peruntukan menaik taraf bot bagi menggalakkan pelancongan sungai, adakah itu perlu diremehkan?” soalnya.
Mengenai sindiran Hannah, Norlela memberitahu, jika ADUN Subang Jaya itu mempersendakan beliau, ia membawa maksud wakil rakyat terbabit memandang ringan isu di Kampung Sungai Lembu.
“Adakah isu kilang haram yang menyebabkan kematian dan aduan penduduk sehingga saya menangis dianggap perkara lucu dan kemudian saya dipersendakan sehingga dilabelkan sebagai beremosi?” soalnya lagi.