1. Ternyata Tun Dr Mahathir Mohamad tidak senang hati dengan lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) dan layanan mesra Presiden AS, Donald Trump terhadap beliau. Dalam tulisan terbarunya, ‘Najib dan Trump”, Mahathir cuba memperlekehkan pertemuan Najib-Trump dan cuba menggambarkan bahawa layanan AS terhadapnya jauh lebih baik berbanding layanan yang diterima Najib.2. Mahathir sepatutnya tidak mengulas mengenai lawatan ini dan menulis “saya tidak tahu” sahaja. Baharulah nampak konsisten dengan jawapan yang diberikan semasa prosiding RCI Forex. Hanya mereka yang tidak melalui zaman Mahathir dan Najib sahaja yang percaya propaganda LAYANAN AS TERHADAP MAHATHIR JAUH LEBIH BAIK DARIPADA LAYANAN TERHADAP NAJIB.
3. Mahathir mungkin keliru dan tidak dapat membezakan lawatannya ke AS semasa era Presiden Ronald Reagan pada tahun 1984 dan Presiden George Bush Jr. pada tahun 2002. Pada tahun 1984, Perang Dingin antara Blok Barat dan Blok Timur masih wujud dan adalah menjadi dasar luar AS untuk berbaik-baik dengan negara bukan komunis seperti Malaysia. Ini menjelaskan kenapa duta AS cuba mengatur pertemuan Reagan-Mahathir seawal tahun 1981 walaupun Mahathir belum ada sebarang pencapaian sebagai PM ketika itu.
4. Keadaan berbeza selepas Perang Dingin berakhir pada tahun 1991. Dalam era Order Baru Dunia, sikap AS jauh berbeza. Mahathir tidak lagi menerima sebarang jemputan untuk bertemu Presiden AS selepas itu dan tiada Presiden AS yang berkunjung ke Malaysia bertemu Mahathir. Tidak mungkin AS akan memberi layanan yang baik kepada seorang pemimpin ‘diktator’ yang memecat anak emas AS, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan yang dipersalahkan kerana meng’izin’kan tragedi ‘mata lebam’ Anwar berlaku.
5. Malah lebih buruk lagi, semasa era Presiden Bill Clinton, Mahathir dimalukan di negaranya sendiri apabila Naib Presiden AS, Al Gore menyelarnya sebagai pemimpin yang menyekat kebebasan semasa Sidang Kemuncak APEC 1998. New York Times bertarikh 17 November 1998 menggunakan tajuk “GORE, IN MALAYSIA, SAYS ITS LEADERS SUPPRESS FREEDOM”. Insiden memalukan ini turut dilaporkan oleh banyak media cetak dan elektronik utama di negara-negara lain ketika itu. Mengambil kira ketegangan hubungan AS-Malaysia semasa itu, memang masuk akal sekiranya timbul dakwaan bahawa Mahathir terpaksa membayar jutaan dollar untuk bertemu Bush Jr.
6. Justeru, tidak perlu Mahathir mengulas panjang lebar mengenai aspek protokol lawatannya. Memang dijangka Reagan dan Bush akan berpegang kepada protokol yang lebih ketat apabila melayani kunjungan Mahathir kerana di mata mereka, Mahathir hanya ‘Perdana Menteri sebuah negara’ dan bukan ‘rakan’ mereka.
7. Berbeza dengan di zaman Najib, hubungan AS-Malaysia jauh lebih mesra. Presiden Barack Obama melawat Malaysia sebanyak dua kali iaitu pada 2014 dan 2015 tanpa khidmat pelobi atau dibayangi Perang Dingin. Malah Obama melonggarkan protokol untuk bermain golf dengan Najib sehari sebelum Hari Krismas semasa percutian mereka di Hawaii.
8. Hubungan Najib-Trump lebih akrab. New York Times pada 12 September 2017 melaporkan “pada tahun 2014, mereka (Trump dan Najib) bermain golf di kelab Trump di Bedminster, New Jersey. Selepas permainan, Trump menghadiahkan tetamunya gambar mereka berdua yang tertulis ayat “To my favorite Prime Minister.”
9. Malay Mail, 13 September 2017 pula melaporkan bahawa “selepas pertemuan, Trump melanggar protokol apabila menghantar Najib terus ke pintu hadapan White House. Amalan biasa Presiden hanya sekadar menghantar ke pintu Oval Office. Apabila diingatkan oleh pegawai-pegawainya, Trump membalas, “dia adalah kawan saya.”” Adakah Mahathir dilayan begitu?
10. Propaganda portal pro-Pakatan untuk menggambarkan Mahathir menerima layanan yang lebih baik daripada AS adalah cubaan menyedihkan yang bertentangan dengan kewarasan minda ramai pihak kerana tidak mungkin diplomasi Mahathir lebih baik daripada diplomasi Najib.
11. Umum mengetahui, diplomasi bukan kekuatan Mahathir. Di zamannya, Malaysia mempunyai hubungan yang tegang dengan AS dan Australia. Malah turut berlaku pertelagahan dengan negara jiran seperti Singapura. Atas sebab itu, jika ditanya sekali lagi mengenai soal diplomasi, terutama yang melibatkan AS, mungkin lebih baik Mahathir jawab sahaja, “saya tak tahu.”