Di India, jika anda memilih restoran tidak berhawa dingin maka anda akan dikenakan GST 12% (tidak termasuk caj perkhidmatan).
Walau bagaimanapun, jika anda memilih restoran yang berhawa dingin maka GST yang dikenakan adalah 18% – juga tidak termasuk caj perkhidmatan.
Bagi tempat yang ada menyediakan minuman keras pula dikenakan caj GST 18% dan restoran di hotel 5 bintang mengenakan caj GST 28% tidak termasuk caj perkhidmatan.
Perkhidmatan sajian makanan (katering) juga tidak terlepas dari caj GST 18%.
Yang mana yang akan anda pilih?
Bagaimanapun macai cap bunga termasuk pakar strategi mereka mengatakan GST India lebih baik daripada Malaysia dan berkata Najib salah kerana mengatakan GST India boleh meningkat sehingga 28%.