Jika ada keraguan siapa yang bertanggungjawab, mari kita dengar apa kata wakil rakat DAP.
Teh berharap negeri akan “membuka mata dan mindanya” selepas tragedi terbaru ini, sambil menambah beliau akan membangkitkan perkara itu di Dewan Undangan Negeri bulan depan.
“Saya banyak kali menimbulkan kebimbangan mengenai projek pembangunan keterlaluan dan di lereng bukit kali di dewan perundangan negeri.
“Saya telah mengatakan sebelum ini jika kerajaan membenarkan projek-projek sedemikian, ia perlu bertanggungjawab sekiranya sesuatu berlaku. Sudah tentu, pemaju juga tidak boleh lari.”
******************
KERAJAAN Pulau Pinang perlu belajar daripada insiden tanah runtuh semalam dan menghentikan semua pembangunan di kawasan lereng bukit di negeri itu, kata kumpulan masyarakat sivil dan seorang wakil rakyat DAP.
Tanah runtuh di Tanjung Bungah semalam menyebabkan 14 pekerja pembinaan tertimbus. Setakat ini enam mayat berjaya ditemui manakala pencarian lima lagi yang hilang akan diteruskan hari ini.
Adun DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu sentiasa bersuara terhadap pembangunan lereng bukit di negeri ini, terutama di kawasannya yang banyak berbukit-bukit dan berbatu.
Beliau berharap episod malang di tapak pembinaan Lorong Lembah Permai 3 itu akan membuatkan kerajaan negeri mengkaji semula Pelan Struktur untuk mempertimbangkan pelaksaan projek pembangunan di kawasan Tanjung Bungah.
Teh berharap negeri akan “membuka mata dan mindanya” selepas tragedi terbaru ini, sambil menambah beliau akan membangkitkan perkara itu di Dewan Undangan Negeri bulan depan.
“Saya banyak kali menimbulkan kebimbangan mengenai projek pembangunan keterlaluan dan di lereng bukit kali di dewan perundangan negeri.
“Saya telah mengatakan sebelum ini jika kerajaan membenarkan projek-projek sedemikian, ia perlu bertanggungjawab sekiranya sesuatu berlaku. Sudah tentu, pemaju juga tidak boleh lari.”
“Kami pasti akan membangkitkan isu ini sekali lagi dalam sidang akan datang. Kita perlu mengkaji semula dasar-dasar pembangunan masa hadapan, dan mempertimbangkan untuk mengkaji semula Pelan Struktur,” katanya kepada The Malaysian Insight.
Terkini, tiga pekerja Bangladesh, dua Indonesia dan seorang lagi belum dikenal pasti, disahkan terkorban selepas kesemua mayat mangsa ditemui di bawah runtuhan tanah semalam.
Antara yang masih hilang ialah penyelia tapak warga Malaysia.
Hentikan projek lereng bukit
Teh berkata selepas tragedi semalam, beliau berharap pihak yang tidak bersetuju dengannya sebelum ini, tidak akan menertawakannya lagi.
“Sekarang mereka tidak akan memanggil saya gila lagi,” katanya, sambil menambah yang bahagian utara pulau itu, yang terletak di Tanjung Bungah, adalah kawasan tadahan hujan yang penting untuk mengelakkan banjir kilat.
“Kita tidak sepatutnya mengambilnya sambil lewa,” katanya.
Meenaksi Raman, yang mengetuai Persatuan Penduduk Tanjung Bungah (TBRA), mengatakan kelompok masyarakat sivil juga berharap pembangunan di lereng bukit akan menjadi topik utama perdebatan di dewan negeri.
“Negeri perlu berhenti meluluskan projek itu. Apa yang mereka lakukan sekarang, semuanya hanya untuk pembangunan.
“Pelan Struktur Pulau Pinang sangat jelas yang pembangunan di bukit dan cerunan hanya untuk projek khas sahaja. Projek di kawasan bukit mesti dihadkan dan dilarang,” katanya.
TBRA sejak sekian lama memperjuangkan mengenai masalah pembangunan kepada pentadbiran kerajaan negeri seperti cuba memperoleh semula klasifikasi Tanjung Bungah kepada Zon Koridor Pembangunan Sekunder yang asalnya.
Sebagai koridor sekunder, kepadatan maksimum adalah 15 unit bagi setiap ekar, berbanding Zon Pembangunan Koridor Utama yang membolehkan kepadatan lebih tinggi, 75 unit setiap ekar.
Meenakshi berkata Tanjung Bungah dinyatakan sebagai koridor sekunder di bawah Pelan Struktur, tetapi ilustrasi menunjukkan ia sebagai koridor utama.
“Sejak semasa kerajaan negeri dahulu, ia telah diabaikan. Pelan Struktur tidak diikuti. Kami memperjuangkan ini dan akan memastikan negeri bertanggungjawab.
“Terdapat begitu banyak pembangunan di sepanjang pantai dan mereka beralih ke kawasan bukit. Membuka tanah begitu sahaja. Cukuplah,” katanya.
Meenakshi berkata kumpulan masyarakat sivil telah berulang kali menggesa kerajaan negeri menghentikan pembangunan di lereng bukit, termasuk menghantar surat kepada wakil rakyat, ahli Parlimen dan Ketua Menteri Lim Guan Eng.
Baru-baru ini, beliau berkata mereka menyuarakan kebimbangan kejadian banjir di Pulau Pinang semakin memburuk kerana pembangunan di lereng bukit.
TBRA akan menyertai kumpulan lain yang membentuk Forum Pulau Pinang pada sidang akhbar mengenai tanah runtuh.
Pada 29 Oktober, TBRA juga akan mengadakan dialog dengan wakil-wakil rakyat Pulau Pinang bagi menerangkan punca banjir dan tanah runtuh, serta isu pembangunan yang keterlaluan.