Selama bertahun tahun lamanya, lebih 32 dari tahun 1981-2013, Mahathir dan Kit Siang tidak pernah mengatakan satu perkara yang baik tentang satu sama lain. Kit Siang pernah berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa jika pembangkang yang berkuasa mereka akan menangkap Mahathir dan memastikan bahawa dia menghabiskan seluruh hidupnya di penjara.
Hari ini, Mahathir sudah kena tangkap dengan Kit Siang. Mahathir kena tangkap masuk ke dalam kem pembangkang oleh Kit Siang. Dalam kem pembangkang sekarang, DAP adalah parti yang paling banyak kerusi iaitu 37 kerusi. Akhirnya selepas lebih 32 tahun bergaduh dan bergasak, kemenangan menjadi milik Kit Siang.
Pada 2 Oktober 2017, Mahathir datang melutut ke Ibu Pejabat Kebangsaan DAP, buat pertama kali dalam sejarah untuk menghadiri mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan. Sebelum ini, pada 4 Disember 2016, Mahathir hadir ke Konvensyen DAP dan duduk dikapit oleh Kit Siang, Pengerusi DAP dan Chen Man Hin, Penasihat DAP.
Bila sudah dijinakkan oleh Kit Siang dan DAP, Mahathir sudah mula mencuci semua dosa dosa DAP termasuklah menganggap parti itu umpama malaikat sekarang ini. Orang Melayu menurut Dr Mahathir semakin lama makin sedar bahawa DAP bukanlah ‘syaitan’ yang pernah digambarkan Umno, termasuk dirinya” kata Mahathir pada 17 September 2017.
“Syaitan” itulah dulu yang mendedahkan bahawa Mahathir adalah penyamun dan penyangak kerana mencuri duit sejumlah RM32 billion di Bank Negara. “Syaitan” itulah tulis buku mengenainya. Pada tahun 1993, ‘syaitan’ itu telah dedahkan di parlimen tentang kehilangan berbillion billion hasil “perjudian” forex di Bank Negara.
Kini “syaitan’ itu sudah menang, orang yang dituduh itu sudah jadi orang bawahannya sekarang untuk memancing undi orang Melayu. Bukan Mahathir seorang sahaja berjaya dijinakkan oleh Kit Siang, tetapi Anwar Ibrahim juga telah dijinakkan oleh Kit Siang.
“Orang kedua yang payah hendak ditewaskan, tidak pernah tewas waktu berada dalam UMNO adalah Anwar Ibrahim, pun juga hari ini berjaya ditewaskan oleh Lim Kit Siang ” kata Tan Sri Annuar Musa, Ketua Penerangan UMNO dalam satu ceramahnya.
Bukti jelas adalah biarpun parti PKR memerintah Selangor namun dasar DAP yang dilaksanakan. PKR tidak boleh buat apa apa, hanya mengikut sahaja apa sahaja kemahuan DAP.
Contohnya, dalam kelulusan undi pesta arak di Majlis Perbandaran Klang berakhir dengan keputusan seperti berikut iaitu 5 orang ahli daripada PAS membantah, 6 orang ahli majlis PKR menyokong dan 10 orang ahli majlis DAP menyokong. Keputusannya adalah 16 sokong dan hanya 5 bantah. PKR bersama dengan DAP untuk meneruskan apa yang DAP kehendaki.
“Walaupun Azmin Ali itu Menteri Besar Islam tetapi pesta arak terpaksa diluluskan’ kata Tan Sri Annuar Musa. Inilah bukti DAP berjaya menjinak PKR untuk menuruti segala dasar dan kemahuan mereka. Anwar Ibrahim, Wan Azizah dan Azmin Ali sudah kena pulas telinga dan cucuk hidung dengan Kit Siang dan DAP.
Orang ketiga yang berjaya ditundukkan oleh DAP dan dijadikan “parti khadam DAP” adalah Mat Sabu. Adalah amat mustahil suatu ketika dahulu untuk Mat Sabu keluar daripada PAS. Ini kerana Mat Sabu adalah aset ceramah bagi PAS.
Namun kini Mat Sabu adalah Presiden parti PAN yang dibiayai dan mendapat dana sepenuhnya daripada DAP. Mat Sabu bersama sama dengan Salehuddin Ayub dan Hussam Musa membawa keluar gerombolan besar golongan profesional daripada PAS.
Tujuan DAP buat parti PAN adalah mudah sahaja iaitu hendak bergaduh dengan PAS dan menjadikan golongan PAN ini sebagai golongan liberal dan pluralisme. Kini DAP sudah ada Mahathir, Anwar Ibrahim dan Mat Sabu untuk memancing undi daripada orang Melayu.
DAP tidak boleh bertanding lebih daripada 55 kawasan parlimen dan di kerusi kerusi parlimen di luar bandar. Orang Melayu masih lagi tidak boleh terima DAP. Sukar bagi orang Melayu menerima parti yang dahulunya ada kisah silam yang cukup memedihkan buat orang Melayu.
Dengan adanya Mahathir dan Mat Sabu menerusi parti PPBM dan PAN, DAP mahu menjinakkan semua kawasan kawasan orang Melayu ini. Orang Melayu tidak akan mudah tertipu dengan umpan dan pancing undi DAP yang berwajah Melayu ini. Orang Melayu harus ingat, undi PPBM dan PAN adalah sama seperti memberi satu undi kepada Kit Siang dan DAP.