Hari demi hari, parti DAP yang diperintah oleh keluarga Lim Kit Siang umpama seperti sebuah organisasi yang sedang runtuh. Hakisan kepercayaan sedang berlaku terhadap pemerintahan diktator Kit Siang dan Guan Eng.
Dalam DAP, ramai yang masih lagi menunggu pemilihan CEC yang sengaja ditangguhkan oleh Kit Siang dengan seribu satu macam alasan. Di Pulau Pinang, anaknya Guan Eng yang sedang menghadapi tuduhan rasuah dibelenggu pelbagai isu yang sudah tidak boleh disembunyikan lagi dari mata rakyat.
Sejak berakhirnya pilihanraya umum ke 13, DAP sudah kehilangan lapan orang wakil rakyat DUN dan parlimen. Mereka sudah tidak tahan lagi dengan perangai diktator Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng. DAP sedang dilanda konflik yang kronik.
Yang pertama keluar adalah ADUN Luyang, Hiew King Cheu yang menyertai MCA selepas meninggalkan DAP pada September 2013.
Pada 12 Februari 2017, empat orang pemimpin DAP di negeri Melaka angkat kaki termasuk Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him kerana kecewa dan hilang kepercayaan serta hormat terhadap Kit Siang dan pemimpin DAP kerana gagal selesaikan isu dalaman dan luaran parti.
Tiga lagi yang cabut selepas itu iaitu ADUN Duyong, Goh Leong San, ADUN Bachang Lim Jack Wong dan ADUN Kesidang Chin Choong Seong. Di Sabah, Timbalan Pengerusi DAP, yang juga ADUN Kepayan Dr Edwin Bosi pun sudah tidak tahan dengan kepimpinan DAP, ikut sama letak jawatan dan berhenti dari terus menjadi anggota parti DAP.
Kini, ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu juga sudah mahu keluar dari DAP ekoran kegagalan parti DAP mengendalikan isu tanah runtuh di tapak projek pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah. Teh Yee Cheu akan menjadi orang ke sembilan keluar daripada DAP.
Teh Yee Cheu mendakwa kira-kira 20 orang dipercayai tertimbus di dalam timbunan tanah tetapi mayat yang dibawa keluar sehingga operasi mencari dan menyelamat dihentikan ada 11 orang sahaja.
Yee Cheu sebelum ini tidak bersetuju dan meminta pihak berkuasa menyiasat semula kawasan kejadian bimbang masih ada mangsa yang sudah tertimbus jauh ke dalam tanah akibat kejadian itu.
Dalam isu tanah runtuh, DAP gagal menjelaskan situasi sebenar kejadian tanah runtuh di negeri itu kepada rakyat. Guan Eng takut berdepan dengan rakyat bila dianjurkan forum mengenai tanah runtuh.
Ada berpuluh lokasi tanah runtuh sudah dikesan di negeri yang diperintah oleh Guan Eng itu. Kerajaan DAP Pulau Pinang tidak boleh lagi merahsiakannya dari pengetahuan orang ramai.
Adakah ada dasar kerajaan negeri DAP juga untuk tidak mahu mengatasi masalah tanah runtuh kerana tidak mahu mengganggu pembangunan lereng bukit? Kantung kontraktor lebih penting dari nyawa rakyat?
Antara lokasi yang dikenalpasti ada kejadian tanah runtuh adalah di Paya Terubong, Sungai Ara, Tanjung Bungah dan beberapa lokasi lain. Lagi teruk, DAP pula dilihat cuba sembunyikan angka sebenar kematian akibat tragedi Tanjung Bungah itu.
Kemarahan orang ramai di Pulau Pinang semakin memuncak apabila ADUN Pulau Tikus, Yap Soo Huey dimarahi oleh peserta program dialog anjuran Penang Forum kerana tidak puas hati dengan penjelasan tentang cara DAP menangani masalah banjir kilat di negeri itu.
Wakil DAP itu seolah-olah tidak mahu menjawab isu serta cuba mengalihkan perhatian orang ramai kepada faktor keselamatan pekerjaan di tapak pembinaan.
Selepas diasak-asak, baru beliau jawab. Namun jawapan itu lebih kepada jawapan penuh helah dan putar belit sahaja.
Bulan November ini , parti DAP dijangka akan runtuh lagi bila Guan Eng mula memasuki mahkamah untuk perbicaraan kes rasuahnya. Bajet 2018 untuk Pulau Pinang akan dibentang pada 21 November 2017.
Tahun lepas perbelanjaan untuk pejabat Guan Eng sahaja meningkat sebanyak 437.9%. Semasa Bajet 2016 hanya RM546.02 juta, kemudian meningkat jadi RM707.61 juta.
Pembangkang kata hendak berjimat banyak di JPM dalam Bajet Alternatif mereka. Jangan percayalah dakwaan mereka itu, lihat sendirilah bagaimana besar dan mewahnya belanja untuk pejabat Guan Eng sahaja bila mereka sudah memerintah di Pulau Pinang.
Belanja besar namun banyak isu gagal lagi hendak diselesaikan. Banjir kilat, kilang haram, tanah runtuh masih lagi menjadi masalah kepada rakyat. Ini antara punca mengapa ramai ahli ahli DAP sendiri marah kepada Guan Eng dan Kit Siang. Parti DAP sedang mengalami pemberontakan dari dalam. Roket DAP menunggu masa sahaja hendak runtuh dan hancur berkecai terbenam ke bumi.