Ada akal tak tahu nak guna, terima bulat-bulat fitnah yang disebar.
Asalkan ianya perkara yang memburukkan kerajaan dan pemimpin maka wajib diterima bulat-bulat tanpa persiapan disemak kesahihannya. Perkara fitnah bukan lagi dianggap suatu dosa.
*******
Wang palsu yang didakwa diimport dalam kontena dari China sebenarnya diambil daripada “Abang Long Fadil 2” (ALF2), jelas polis.
Pengguna media sosial semalam mendakwa sejumlah wang palsu dirampas oleh kastam di Pelabuhan Klang semalam.
Namun Harian Metro hari ini melaporkan foto-foto yang tular itu asalnya sedutan daripada filem popular itu yang ditayangkan tahun ini.
“Gambar berkenaan dipercayai dikesan disebarkan sejak semalam di media sosial,” kata ketua polis Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli.
Tambahnya, penggambaran filem terbitan Skop Productions, milik Datuk Yusof Haslam, diawasi polis daerah Klang sebagai langkah keselamatan.
Filem aksi komedi arahan Syafiq Yusof merekod kutipan tertinggi dengan meraih RM17.9 juta sepanjang 39 hari tayangan sejak 24 Ogos lalu.
Jumlah itu mengatasi kutipan RM17.8 juta filem “Polis Evo” pada 2015.