Dalam keadaan rakyat di Pulau Pinang dan Kedah memerlukan pertolongan, pemimpin PH lebih sibuk dengan perarakan memperingati Anwar Ibrahim 1000 hari di penjara.
Mereka membuat perarakan bermula daripada bangunan Parlimen ke Dataran Merdeka, dan seperti biasa acara akan dipenuhi dengan ucapan daripada pemimpin pembangkang.
Lebih malang apabila Penasihat DAP Lim Kit Siang turut serta di saat anaknya Lim Guan Eng baru kelmarin menitis air mata dengan musibah banjir di Pulau Pinang.
Sementara mereka yang hadir menyertai perarakan tersebut terus ditipu dengan pembohongan yang menyatakan Anwar adalah tahanan politik kononnya permainan UMNO dan BN untuk terus kekal sebagai pemerintah.
Dalam facebook live yang dimuat turun oleh DAP, ternyata rakyat sangat marah apabila pemimpin PH membuang masa untuk membuat hari mengingati Anwar di saat rakyat berhadapan waktu genting terutama yang tinggal di kawasan banjir yang sebelum ini paras airnya berada pada ketinggian sehingga tiga ke empat meter.
Antaranya, Peter Ash berkata penjara ‘rasanya penjara tak kena banjir’.
Manakala Pat blalang berkata people in Penang and Kedah need ur attention! (rakyat di Pulau Pinang dan Kedah perlukan bantuan!)
Ini bermakna rakyat sendiri boleh memikirkan keresahan penduduk yang dilanda banjir, sedangkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail masih sibuk berarak dengan berbaju berwarna merah sambil memegang kipas berwarna biru, diikuti puak-puak yang lain di dalam perarakan ketika Dewan Rakyat masih bersidang.
Selain Kit Siang, Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok turut hadir manakala majoriti yang lain adalah pemimpin PKR dan PAN.
Jelas DAP tetap mahu menunjukkan kasih sayang parti itu kepada Anwar.
Wan Azizah ketika berarak sempat berkata beliau rasa bersyukur dan gembira apabila ramai yang turut berarak bersamanya mengingati Anwar tanpa sedikitpun memikirkan keluhan rakyat kini yang terpaksa berhadapan dengan banjir.
Barangkali Guan Eng jika Pulau Pinang tidak dilanda banjir beliau tentu akan turut serta.
Kasihan Ketua Menteri itu yang terkontang-kanting sendirian sehingga akhirnya meminta bantuan daripada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Persoalan utama, di mana pemimpin pembangkang yang selama ini kononnya bersama-sama mahu membela tetapi akhirnya Anwar juga dipuja seperti dewa sehingga membuat hari memperingatinya dalam masa yang sama melupakan kesusahan rakyat di Pulau Pinang dan Kedah.