Perhimpunan Agung UMNO 2017, PAU2017 sudah berakhir pada petang Sabtu yang lepas. Semua perwakilan UMNO dari seluruh negara sudah membawa balik semangat yang secukupnya dari segi mentaliti menang, ukhuwah sesama ahli parti dan kekuatan berpasukan yang semakin kuat untuk menghadapi pembangkang pada PRU14.
Pembangkang seolah olah kering idea bagaimana untuk menganggu momentum kuat yang melanda di PWTC. Gelombang kuat di PAU2017 cukup kuat. Maka datanglah cerita cerita palsu kononya setiap perwakilan dapat jam Tissot di PAU2017 serta kononnya UMNO sudah berpakat dengan parti komunis daripada China.
Cerita jam Tissot itu adalah palsu. Hanya gambar jam sahaja yang diambil, tiada pun bukti sahih ada gambar jam Tissot itu dipakai dan diberi di PWTC. Kira kira 16 parti politik yang hadir dari 20 negara di PAU2017 bukannya hanya parti dari China sahaja. Di zaman Mahathir, lebih 12 kali parti komunis itu hadir. Mengapa tidak pertikaikan?
Senang buat tuduhan palsu, kemudian sebar bagi masyarakat keliru. Sama seperti apa yang Rafizi Ramli buat. Buat tuduhan palsu kata Raslan Dahlan adalah abang kepada Dato Seri Rahman Dahlan. Kemudian bila kantoi, terus padam posting yang dibuat tersebut. Itulah sahaja yang boleh pembangkang buat bila mereka kering isu dan idea untuk menghentam Barisan Nasional.
Momentum yang kuat semasa PAU2017 membuatkan mereka buntu. Terpaksalah reka dan cari cerita cerita yang palsu ini untuk buat rakyat marah. Hari ini, mereka sebar pula video lama Tengku Razaleigh, Ahli Parlimen Gua Musang di whatsapp. Begitulah cara jahat pembangkang bila tidak tahu apa isu yang boleh hentam Datuk Seri Najib dan Barisan Nasional.
Hakikatnya, rakyat kena tahu, kedudukan ringgit dan ekonomi negara semakin baik selepas PAU2017. Ini fakta yang jelas, bukan rekaan seperti mana tuduhan pembangkang.
Semasa persidangan PAU2017 berlangsung minggu lepas, agensi penarafan Moody’s Investors Service mengesahkan penarafan ke atas penerbit mata wang tempatan dan asing serta bon tidak bercagar pada rating AAA, dengan prospek yang stabil.
“Moody’s hari ini mengesahkan penarafan Malaysia sebagai stabil di bawah kategori A3, membuktikan bahawa ekonomi kita berada di landasan yang betul” kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada 8 Disember 2017.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/08/moodys-affirms-malaysia-a3-rating-stable-outlook/
Kedudukan ringgit juga menjadi lebih baik selepas PAU2017. Ringgit dijangka terus mencatatkan aliran mengukuh ke paras bawah RM4 berbanding dolar Amerika. Ia disahkan oleh penganalisis pasaran, bukannya pakar ekonomi di facebook.
Itu yang dijangka oleh pakar menjelaang Januari 2018, manakala mereka juga turut meramalkan nilai ringgit menuju RM4 berbanding dolar selepas PAU 2017.
Menurut penganalisis, antara penyebab nilai ringgit semakin positif adalah kerana pertumbuhan ekonomi yang kukuh hasil usaha keras Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
TA Securities Holdings Bhd pula turut mengakui perkara sama. Ia berkata, unjuran ringgit bagi 2018 adalah pada paras RM4.10 berbanding dolar AS daripada RM4.15 sebelum
Kenaikan nilai ringgit juga berlaku kerana pengukuhan harga minyak mentah dunia dan jangkaan keputusan Pilihan Raya Umum ke 14 yang dijangka memihak kepada Barisan Nasional, seterusnya menjadikan kedudukan Putrajaya stabil dan tidak bertukar tangan.
https://www.bharian.com.my/bisnes/pasaran/2017/12/362354/ringgit-dijangka-terus-mengukuh-tahun-depan
The Economist Intelligence Unit dalam kajian terbarunya merumuskan Barisan Nasional di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib akan terus menguasai Putrajaya.
https://pakdin.my/firma-penyelidikan-antarabangsa-ramal-barisan-nasional-menang/
Terbaru, Nada Choueiri yang mengetuai pasukan International Monetary Fund, IMF dan berada di Kuala Lumpur pada 28 November hingga 8 Disember 2017 telah memberikan pujian terhadap keadaan ekonomi Malaysia. IMF meramalkan pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar 5.5% hingga 6% pada tahun 2017.
https://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/12/12/imf-sees-malaysia-economy-expanding-5pct-to-5pt5pct-in-2018/
Rating Moody’s yang semakin naik, ramalan dari The Economist Intelligence Unit, pujian daripada IMF dan jangkaan kedudukan ringgit yang semakin kukuh ini adalah bukti dan fakta jelas bagaimana kedudukan sebenar ekonomi di negara ini. Ekonomi negara ini bukan dinilai berdasarkan satu tweet yang dibuat oleh artis yang mengeluh tentang kos gaya hidupnya.
Dulu pemimpin tersebut yang berulang kali tuduh ekonomi Malaysia hendak bankrup dan ringgit kononnya akan jadi RM5 berbanding dollar. Kini selepas semua tuduhan yang dibuat itu tidak betul dan tidak menjadi, maka pembangkang pergunakan pula artis untuk membuat tuduhan.
Ingatlah pada nasib yang menimpa Aishah, dulu sampai jadi calon parti pembangkang tetapi kini sudah bertukar haluan memilih Gegar Vaganza. Tidak kemana mana pun artis bersama dengan pembangkang.
Baca dulu apa yang Moody’s ramal, apa yang The Economist tulis dan apa yang IMF cakap tentang ekonomi Malaysia, usah jadi alat perkakas pembangkang di media sosial. Faktanya, ringgit semakin baik selepas PAU2017.
Tulisan :
Beruang Biru
BB693, Selasa
12 Disember 2017.