Macai Mahathir dan pembangkang sering mengkritik kerajaan pimpinan Dato Sri’ Najib Tun Razak bahawa hutang kerajaan kini terlalu tinggi sehingga negara akan muflis.
Tetapi, hutang mesti dilihat berbanding pendapatan tahunan.
Sebagai contoh, individu yang berhutang RM22,000 tetapi pendapatan tahunan hanya RM20,000 berada di tahap yang kurang selamat berbanding dengan individu yang hutang RM50,000 tetapi pendapatan dia RM100,000 setahun – walaupun seimbas pandang,individu kedua yang hutang RM50,000 memiliki 2 1/2 kali ganda hutang berbanding individu pertama.
Semasa Tun Mahathir mula menjadi Perdana Menteri, nisbah hutang-KDNK hanya 44%. Cuma 5 tahun beliau memerintah, nisbah ini sudah naik sehngga 103.4%.
Pada akhir suku ke-3 2017, nisbah hutang-KDNKK jatuh ke 50.7%.
Yang perlu tanya kepada penyokong Mahathir ialah: Jikalau Malaysia tak muflis pada tahap 103.4%, bagaimana pula kita akan muflis pada tahap 50.7%?
Cuba tanya mereka.
Rujukan:
https://pakdin.my/tag/hutang-negara/