Masih berkemampuan kah orang tua itu menjadi Perdana Menteri? ?
********
Mahathir Letak Jawatan Sebagai Penasihat Petronas
Mahathir, Petronas, Perdana Menteri,
KUALA LUMPUR (Dec 2, 2013): Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam mengesahkan telah melepaskan jawatannya sebagai Penasihat Petronas, berkuat kuasa kelmarin. Dr. Mahathir berkata, surat peletakan jawatannya diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Menurutnya, sudah tiba masa untuk beliau meninggalkan syarikat petroliam negara itu kerana faktor usia serta ingin menumpukan perhatian kepada kesihatannya.
“Oleh kerana umur saya dah tua, saya perlu perlahankan perkhidmatan yang selama ini saya buat. Ia juga selepas dinasihatkan doktor untuk saya mengurangkan aktiviti dan tidak terlalu aktif ketika ini,” katanya kepada media, hari ini.
“Isteri saya kawal segala program kerana tidak mahu saya terlalu penat dengan semua tanggungjawab ini. Sebenarnya saya tidak suka menjadi tua, saya mahu jadi muda agar dapat meneruskan khidmat di syarikat tersebut,” katanya.