Apa sahaja sanggup dibuat hanya untuk mendapatkan kuasa. Peliwat sudah dianggap kawan, yang rasis sudah dianggap suci. Tidak mustahil logo DAP menjadi alat terakhir Mahathir untuk capai cita cita peribadinya itu.
Orang kalau sudah lemas, dia akan capai apa sahaja untuk terus hidup. Kayu lalu dia akan capai. Malah kalau ada ketulan “kapal” lalu pun dia akan capai untuk selamatkan diri. Itulah yang sedang berlaku pada Mahathir.
Semalam, Saifuddin Abdullah, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan dan beberapa orang lagi telah bertindak menyaman Pendaftar Pertubuhan. Tindakan yang pelik, kerana Pakatan Harapan sendiri masih belum lagi disahkan penubuhannya.
Pakatan Harapan masih lagi berstatus “parti haram” dan tidak sah dari sisi undang undang. Mengikut Akta Pertubuhan 1966, Pakatan Harapan masih lagi belum boleh diiktiraf sebagai badan yang sah.
PPBM juga mungkin akan dibatalkan kerana melanggar peraturan yang mereka sendiri rangka. Mereka sendiri tulis peraturan, mereka sendiri yang langgar peraturan. Adakah ini sengaja? Mungkin ya.
Terdapat 430 aduan mengenai PPBM oleh ahli PPBM sendiri. Ahli ahli PPBM buat aduan kerana cara pengurusan parti bunga itu yang huru hara.
Mesyuarat cawangan tidak dibuat, senarai daftar ahli pun berterabur, dana parti di Kelantan hilang entah ke mana. Satu Bahagian hanya dapat RM5,000 sahaja. Bila kucar kacir begitu, mulalah hendak salahkan UMNO.
Parti sendiri yang haru biru, mengapa orang lain pula yang hendak dipersalahkan? Plot ini sengaja dirancang oleh Mahathir sendiri? Ada kemungkinan ianya benar.
Sebagaimana yang diulas oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi bahawa terdapat usaha mensabotaj Pakatan Harapan menggunakan lambang bunga itu supaya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) dipersalahkan.
“Ini satu alasan yang diperlukan oleh Dr. Mahathir dan Mukhriz untuk bertanding menggunakan logo DAP” kata Datuk Dr Mohd Puad Zarkarshi. Tindakan saman yang dibuat semalam oleh Saifuddin Abdullah menyerlahkan lagi kebenaran teori ini.
PPBM sengaja dibiarkan kelam kabut. Bergaduh sesama sendiri. Berselerak. Ramai yang keluar parti. Bila sudah keluar, Mahathir biarkan sahaja, malah menghina pula mereka itu sebagai sampah.
“Kita…sampah-sampah yang tak elok kita sapu lah keluar. Jika ada sampah yang keluar sendiri itu baguih” kata Mahathir dalam satu ceramah di Bukit Merah Lake Town Resort pada September 2017.
Memang Mahathir tidak yakin lagi dengan parti bunga itu pada PRU14 ini. Kerana itulah Mahathir angkat tangan tunjuk kuat kata dia boleh menjelma dan bertanding di mana mana sahaja. Bermakna mungkin bukan di Langkawi atau Kubang Pasu.
Ya, mungkin jalan selamat bagi Mahathir dan Mukhriz adalah bertanding di kawasan selamat dan pengundinya adalah majoriti bukan Melayu. Kerusi selamat bagi Mahathir dan Mukhriz adalah di kawasan yang DAP menang sekarang ini.
DAP memang sudah beri peluang kepada beberapa orang Melayu untuk menjadi ahli parlimen partinya. Zairil Khir Johari jadi ahli parlimen DAP di Bukit Bendera dan Ariff Sabri jadi ahli parlimen DAP di Raub. Dyana Sofya pun pernah tanding tiket DAP di Teluk Intan.
DAP sudah lakukan eksperimennya terhadap orang Melayu. Muka Melayu, pakai baju Melayu, pakai baju kurung, pakai songkok kemudian guna logo roket. DAP nampak ianya menjadi di Bukit Bendera dan Raub.
Tidak mustahil, cara yang sama boleh diguna oleh Mahathir dan Mukhriz jika parti PPBM tidak sah dan dibatalkan. DAP juga teringin menjadi Perdana Menteri di Malaysia. Kit Siang tidak pernah nafi cita citanya itu. Inilah masanya untuk “screw” Melayu bagi mencapai cita cita itu.
Bermaksud Mahathir akan menjadi PM Sementara sahaja untuk DAP jika itu berlaku. Sementara waktu sahaja, sehingga DAP pula menggulingkannya selepas itu dengan “peluru” yang DAP sudah siapkan.
Apa boleh buat, Mahathir sanggup buat apa sahaja demi kuasa. Demi menyelamatkan kroni dan anak sendiri. Demi menyelamatkan “benda benda gelap” yang terlalu besar jumlahnya. Guna logo DAP pun tidak lagi jadi satu masalah bagi Mahathir.
Tun M, Mukhriz tanding atas tiket DAP?
https://www.bharian.com.my/berita/politik/2018/02/390935/tun-m-mukhriz-tanding-atas-tiket-dap
Tulisan :
Beruang Biru
BB790, Khamis
22 Februari 2018