Lihat video disini:
https://youtu.be/sxWzOoopYV0
Adalah mengecewakan apabila pemimpin kanan seperti Lim Kit Siang, Tun Mahathir dan Ahli Parlimen seperti Lim Lip Eng melontarkan komen terhadap Perdana Menteri Najib Razak mengenai pilihan makanannya untuk kekal sihat dan kekal bertenaga.
Mereka cuba menjadikan quinoa menjadi isu utama pilihan raya.
Adakah pemimpin Pakatan sangat terdesak sehingga petkara seperti ini memerlukan 3 pemimpin Pakatan untuk menjadikannya sebagai satu isu besar?
Mungkin mereka ini harus diberi cermin supaya dapat melihat bagaimana hipokrit mereka.
Kit Siang kini mengatakan pilihan raya kali ini adalah mengenai Quinoa vs Beras.
Mungkin Kit Siang harus bertanya kepada calon Perdana Menteri Pakatan Harapan, Mahathir berapa harga untuk memberi makan 40 ekor kuda setiap bulan?
Dalam dua tahun lalu, Mahathir telah mendedahkan kepada MalaysiaKini bahawa beliau memelihara 40 ekor kuda.
https://malaysiakini.com/news/339215
Atau berapa harganya untuk percutian tahunan Mahathir ke Argentina untuk menunggang kuda – seperti pendedahan yang dibuat oleh Mahathir di TV3 beberapa tahun yang lalu di mana dia berkata udara disana sejuk dan dia boleh menunggang lebih lama.
Saya berani bertaruh bahawa hobi menunggang kuda akan memakan kos berkali-kali lebih tinggi dalam setahun berbanding dengan diet harian Quinoa 365 hari sepanjang tahun.
Dan Kit Siang juga harus bertanya anaknya berapa banyak yang dia belanjakan untuk bir dan wiski setiap tahun kerana Guan Eng telah digambarkan lebih daripada sekali sedang menikmati arak.
Saya juga pasti Lim Lip Eng menikmati bir atau wiski lebih daripada sekali setahun.
Satu paint bir di lokasi yang Guan Eng telah bergambar adalah pasti akan lebih mahal daripada harga paket 250-gram Love Earth Organic Quinoa yang dikatakan oleh Lim Lip Eng berharga RM14.79.
Dan untuk pengaprasaan Lim Lip Eng:
Episod ini sahaja adalah alasan yang cukup untuk tidak mengundi Mahathir, Kit Siang dan Guan Eng pada pilihan raya umum akan datang.
Pemimpin pembangkang seperti ini tidak tahu bahawa rakyatnya menghadapi kesulitan ekonomi.
“Sekiranya rakyat biasa boleh menggantikan beras dengan memelihara 40 ekor kuda, perjalanan tahunan menunggang kuda ke Argentina, atau dengan menikmati bir dan whisky maka tahap pendapatan rakyat Malaysia mestilah lebih tinggi daripada negara berpendapatan tinggi. Tetapi ini tidak berlaku, “
Saya menggesa orang ramai supaya tidak menyokong Pakatan kerana mereka kelihatan tidak sedar kenaikan harga barang dan kos sara hidup serta tidak menyedari hakikat bahawa mereka adalah seorang munafik kecil.
Dan untuk parafrasa Lim Kit Siang:
PRU14 adalah mengenai 40 ekor kuda vs tiada apa-apa, menunggang kuda di Argentina seriap tahun vs tiada apa-apa dan arak/whiski vs quinoa?
Ia juga mengenai pemimpin-pemimpin pembangkang yang agak munafik berbanding seseorang yang ikhlas mahu menjadikan Malaysia negara yang lebih baik.
Eric See-To.