Pakatan Harapan dijangka masih mempertahankan Selangor tetapi Barisan Nasional berpotensi menang sehingga 25 kerusi.
Tinjauan badan kajian kerajaan negeri Institut Darul Ehsan (IDE) mendapati BN boleh mempertahan dengan mudah tujuh kerusi yang dimenangi dulu.
Kerusi-kerusi tersebut adalah Sungai Air Tawar, Sungai Panjang, Hulu Bernam, Batang Kali, Sungai Burong, Jeram dan Dengkil.
Sementara 18 kerusi lagi boleh dimenangi akibat pertandingan tiga penjuru, termasuk empat kerusi yang dimenangi BN pada 2013: Permatang, Bukit Melawati, Kota Damansara dan Semenyih.
Berdasarkan tinjauan IDE antara 21 hingga 23 April lalu, mengikut sempadan baru dan daftar pemilih hujung 2017, BN juga berpotensi menguasai 14 lagi kerusi tersebut.
Kerusi-kerusi yang dijangka boleh dirampas: Sabak (menang pada 2013: PAS), Ijok (PKR), Gombak Setia (PAS), Pelabuhan Klang (PKR), Morib (PAS), Taman Templer (PAS), Dusun Tua (PAS), Paya Jaras (PAS), Sungai Kandis (dulu Seri Andalas, PKR), Sungai Pelek (DAP), Sementa (PKR), Kota Anggerik (PKR) and Selat Kelang (PAS).
Ketua eksekutif IDE Datuk Mohammad Redzuan Othman berkata 18 kerusi ini berpotensi dimenangi BN apabila dicampur undi pos yang selalu memihak kepada parti itu.
“BN boleh menambah kerusi tetapi di Selangor masih kekal PH,” katanya di sini hari ini ketika membentangkan hasil tinjauan badan itu.
“Bagi saya, sebenarnya adalah satu perkara yang sukar untuk BN rampas Selangor kerana populariti mereka jauh lebih rendah. Mereka juga tiada pemimpin dan imej pemimpin mereka juga tidak melambangkan kematangan.”
Tambahnya, BN boleh menawarkan pelbagai janji untuk negeri itu tetapi pengundi akan menilai apabila mereka sudah biasa menikmati manfaat bawah pentadbiran gabungan pembangkang sejak 2008.
Pada 2013, DAP dan PAS masing-masing menang 15 kerusi dan PKR pula 14 kerusi.
Sesebuah parti memerlukan 29 daripada 56 kerusi untuk mencapai majoriti mudah, sementara 37 kerusi diperlukan untuk menguasai majoriti dua pertiga.
https://pakdin.my/tag/selangor
#BersamaBN
#HebatkanNegaraku
#DahulukanRakyat
#UndiBN
#BetterSelangor
#TawanSelangor
#TolakLogoPKR