#BebasAnwarSegera
Bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin memberi amaran agar Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terus dilantik sebagai perdana menteri sejurus kembali ke Parlimen.
Daim, yang mengetuai Majlis Penasihat dalam pentadbiran Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata peralihan patut berlaku pada pertengahan penggal dan menyifatkan menukar perdana menteri sekarang sebagai satu tindakan “bodoh.”
“Kalau kita berbohong kepada rakyat, mereka tidak akan percaya pada kita lagi,”katanya dalam wawancara dengan akhbar Singapura, Straits Times.
Katanya lagi, beliau sendiri bertemu dengan Anwar dan memberitahunya: “Anda semua mencuba dalam beberapa pilihan raya dan gagal. Suka atau tidak, Mahathir telah berjaya.”
Anwar dijadual dibebaskan pada 8 Jun dengan ditolak masa hukuman kerana berkelakuan baik.
Beliau dijatuhi hukuman penjara lima tahun pada 2015 atas kesalahan meliwat yang didakwa penyokongnya sebagai bermotif politik.
Bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong bersetuju memberikan pengampunan pada ketua PKR itu, yang akan disempurnakan prosesnya hari esok.
Sebelum ini, Mahathir ada menyebut yang beliau akan memegang jawatan perdana menteri selama dua tahun sebelum melepaskannya kepada Anwar. Isteri Anwar pula menjawat jawatan timbalan perdana menteri.
Ahad lalu, Anwar dalam kenyataannya menegaskan sokongan kepada kepimpinan Mahathir, ekoran keresahan berhubung lantikan anggots Kabinet kanan oleh Mahathir yang dikatakan tidak dirunding dengan PKR
————-
https://pakdin.my/tag/anwar-ibrahim
https://pakdin.my/tag/mahathir