#DSTAR4VP
Memperkatakan isu yang dibangkitkan oleh pihak kerajaan dalam cadangan mereka untuk memansuhkan JAKIM serta memperkecilkan apa juga yang berkaitan dengan Islam adalah satu tindakan yang akan menjurus ketidakstabilan rukun keharmonian dalam Negara.
Berbagai bagai cadangan yang telah dikemukakan oleh penyokong Pakatan Harapan terhadap agama Islam ini dilihat satu tindakan yang tidak bertanggungjwab serta tidak memikirkan sensitivity pegangan agama kaum yang lain.
Mempertahankan martabat Islam itu sendri Dato’ Sri Tajuddin Rahman yang mana merupakan calon Naib Presiden UMNO bagi sesi 2018-2021 menjawab beberapa persoalan yang berbangkit dengan mengatakan bahawa Agama Islam telah disebut sebagai agama rasmi di Malaysia yang mana ianya dilindungi oleh Perlembagaan Malaysia dan ianya diperstujui bersama semasa pembentukan Perlembagaan Negara.
Namun begitu Tajuddin juga menegaskan bahawa harus kita singkap semula sejarah pembentukan Perlembagaan Malaysia dimana usul yang telah dibuat di atas dibuat susulan Memorandum Raja-Raja bertarikh 12 September 1956 yang menyatakan kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan Islam dalam bidang kuasa negeri.
Bertarikh 27 April 1957, Raja-Raja Melayu memberi perkenan untuk memaktubkan Islam sebagai agama bagi Persekutuan tanpa syarat dan berdasarkan fakta sejarah dan perundangan di atas, sekali gus mengajukan bahawa ‘Islam sebagai agama bagi Persekutuan’ dipersetujui berserta beberapa syarat; Pertama, Raja-Raja Melayu kekal sebagai ketua agama di dalam negeri masing-masing.
Menegaskan isu tersebut, Tajuddin dengan lantang mempertahankan kedaulatan Islam dari sebarang usaha untuk merendahkan martabat dan kesucian Islam itu sendiri dari sebarang ancaman dari pihak yang tidak bertanggungjawab.
Di dalam kontek hidup berbilang kaum seharusnya rakyat Malaysia saling menghormati pegangan anutan kaum yang lain bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian kehidupan berbilang kaum. Namun begitu sebagai pemimpin Islam adalah menjadi tanggungjawab mempertahankannya.
Sebagai rakyat Malaysia, kebanyakannya mereka mahukan saorang pemimpin yang serius memartabatkan Islam supaya terus kukuh sebagai cara hidup di tanah air ini bukannya pemimpin yang mengorbankan Islam demi meraih sokongan walaupun terpaksa bertolak-ansur dengan prinsip asas Islam.
Sebagai calon Naib Presiden dan juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO , Tajuddin tidak akan berkompromi dalam isu yang melibatkan Islam, Raja dan mempersendakan kedautan Negara oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Bak ungkapan pahlawan terdahulu dimana bumi dipijak maka disitulah langit dijunjung. Dimana uri tembuni tertanam disitulah lahirnya pahlawan yang akan mendaulatan Islam, Raja dan juga Negara.
Sumber:
Jejak Melangkah7