Pendedahan Tan Sri Mohammad Shafee Abdullah bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad telah mendesaknya supaya menjadi Pendakwaraya Khas perbicaraan Sodomi II Anwar Ibrahim telah membuka ‘Pandora Box’ yang paling digeruni oleh Perdana Menteri itu.
BACA sini: ‘Mahathir desak Najib lantik saya sebagai pendakwa raya kes Anwar kerana tidak yakin dengan Pejabat Peguam Negara’ – Shafee Abdullah
https://pakdin.my/?p=78448
Menurut ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, pendedahan tersebut membuktikan Dr Mapa Mahathir dan Matthias masih membisu dengan pendedahan Shafee Abdullah?’ – Shafee Abdullahhathir mencampuri urusan negara, menggunakan ugutan dan mengutamakan agenda peribadi.
“Setelah tiga hari Shafee membuat kenyataan media, Perdana Menteri dan tali barutnya Matthias Chang masih membisu dan tidak menjawab pendedahan tersebut.
BACA sini: ‘Kena
https://pakdin.my/?p=78568
“Shafee adalah peguam tersohor dan ‘credible’. Sudah pasti kenyataan medianya bukan calang calang. Mana mungkin dia membuat kenyataan mengejutkan itu tanpa asas apatah lagi jika bertujuan fitnah,” katanya dalam satu kenyataan, Selasa.
Tambah Puad, Shafee turut mendedahkan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak keberatan dengan permintaan tersebut yang boleh menyinggung perasaan Tan Sri Ghani Patail.
“Jalan ceritanya hampir sama apabila Dr Mahathir mengadakan perjumpaan tertutup dengan UMNO Johor di Hotel Pullman Putrajaya. Dalam pertemuan itu Dr Mahathir memaklumkan dia telah berjumpa dengan Najib dan Najib bersetuju membina semula Jambatan Bengkok dengan syarat UMNO johor bersetuju. UMNO Johor tidak bersetuju dan itu satu sebab Dr Mahathir marah dengan Najib.
“Lebih mengejutkan, Matthias memaklumkan Perdana Menteri ada enam tuntutan terhadap Najib. Jika tidak dipenuhi, Dr Mahathir akan menentang Najib habis habisan.
“Apakah lima lagi tuntutan Mahathir itu? Apakah amalan ugut ini juga digunakan sekarang sehingga menyebabkan Menteri Menteri PH termasuk DAP dan Wan Azizah seperti dicucuk hidung,” soal Puad.
Tambah beliau, ternyata campur tangan dan ugutan Dr Mahathir itu bertujuan peribadi.
“Ia mendedahkan Dr Mahathir melakukan ‘Tikam belakang’ terhadap Anwar. Dia bimbang Anwar menang kes Sodomi II. Dia mahu Anwar dipenjarakan. Sekarang dia terpaksa membebaskan Anwar.
BACA sini: ‘Shafee Abdullah kekal ketuai pasukan pendakwa kes liwat Anwar
https://pakdin.my/?p=53932
Sebab itu mana mungkin Anwar akan menjadi Perdana Menteri ke 8,” katanya.
Justeru itu, beliau mendesak Dr Mahathir dan Matthias tampil membuat penjelasan kerana ini melibatkan pendedahan serius dan mencabar kredibiliti mereka termasuk konspirasi mereka memfailkan saman di Pejabat DOJ.
“Rakyat, Bar Council, UMNO, PAS, NGO termasuk NGO guaman perlu membuat laporan Polis. Polis juga mesti secara professional membuat siasatan penuh,” katanya.