Setelah dikritik hebat oleh netizen, Menteri Luar Malaysia Baharu, Saifuddin Abdullah akhirnya memadamkan satu tweet atau satu posting di laman sosial Twitter.
Saifuddin sebelum itu menulis bahawa ada dua negara di mana Kerajaannya tidak disukai oleh beliau. Namun, beliau terpaksa melawat juga. Satu disebabkan Agama dan satu lagi disebabkan urusan negara.
Walaupun Saifuddin tidak menamakan negara-negara berkenaan, namun sebagai Menteri Luar, beliau tidak boleh melatah dan bertindak kebudak-budakan membuat posting. Apatah lagi akaun ini merupakan akaun rasmi beliau dan segala yang ditulis di sini menjadi rasmi.
Menteri Kerajaan Pakatan Harapan kena lebih profesional di dalam bidang kerja mereka. Seperti biasa, apabila keadaan menjadi tegang dan kontroversi, maka UMNO lah yang dipersalahkan.
* Bila sebut urusan agama dan boleh agak negara dimaksudkan adalah Arab Saudi. (Haji dan Umrah)