Lawak jenaka berterusan 😂
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah rumah Tan Sri Irwan Serigar Abdullah di Precint 8, Putrajaya, ketika bekas ketua setiausaha Perbendaharaan itu ditahan dalam siasatan kes pembayaran hutang 1MDB kepada International Petroleum Investment Company (Ipic).
Sumber SPRM berkata rumah Irwan digeledah pada 4.00 petang tadi. “Tiada apa-apa sitaan hasil penggeledahan,” katanya.
Irwan ditahan pada 3.35 petang tadi selepas dipanggil ke ibu pejabat badan anti-rasuah bagi melengkapkan proses akhir siasatan dan pendakwaan.
Bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak yang turut hadir memberi keterangan berhubung isu sama, meninggalkan ibu pejabat SPRM 5 petang tadi.
BACA seterusnya disini:
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/10/24/sprm-geledah-rumah-irwan-serigar-pulang-tangan-kosong/