Bila melihat bantahan dan kemarahan umat Islam memuncak mengenai menteri bangang #Waytha_Moorthy yang mahu meratifikasikan ICERD, #Syed_Saddiq mengeluarkan kenyataan….
“sekiranya” proses meratifikasikan ICERD akan melemahkan atau menghakiskan fungsi dan kesan Artikel 153, sistem Raja Berperlembagaan, kedudukan Islam dan mana mana hak yg termaktub dlm perlembagaan pihak Armada tanpa kompromi menolak sekeras kerasnya menolak proses tersebut… bla bla bla.
Syed Saddiq menggunakan istilah #sekiranya” sebagai jalan selamat untuk menutup kebodohan menteri bodoh Pakatan. Baca tulisan dibawah wahai Syed Saddiq. 👇👇
BEZA MEREKA DENGAN KITA DALAM ISU ICERD
1. Mereka konsisten memperjuangkan kesamarataan hak agama dan bangsa. Kita pula mula merasa bersalah (apologetik) mempertahankan kepentingan Islam dan keistimewaan bangsa setakat yang diperuntukkan dalam Perlembagaan.
2. Mereka bersatu di luar Parlimen dan di dalam Parlimen. Kita pula berbeza pandangan di luar Parlimen dan berpecah di dalam Parlimen.
3. Mereka mendapat dokongan dan sokongan padu pelbagai pertubuhan antarabangsa mengenai Hak Asasi Manusia. Kita pula bagaikan jaguh kampung yang tidak berupaya melobi dan meyakinkan masyarakat antarabangsa akan keistimewaan dan keunikan negara kita yang berbilang agam dan bangsa.
4. Mereka kini ada kuasa politik dengan beberapa jawatan Menteri yang berupaya mempengaruhi pendirian kerajaan untuk meratifikasi ICERD yang menjadi manifesto mereka. Kita pula sudah hilang kuasa dan hanya mengharapkan mobilisasi massa untuk terus bersuara menyatakan bantahan terhadap ratifikasi yang akan meleburkan struktur kenegaraan jangka panjang.
5. Mereka mengatakan ratifikasi ICERD tidak akan membelakangi Perlembagaan dan tidak akan memansuhkan Perkata 153 mengenai hak keistimewaan Bumiputera. Kita mempersoalkan apa keperluan meratifikasi jika ikhlas untuk terus pertahankan kedudukan Islam dan keistimewaan Bumiputera yang telah dipersetujui dalam Kontrak Sosial sehingga dimaktubkan dalam Perlembagaan.
6. Mereka menggambarkan agama dan bangsa lain terus didiskriminasikan jika ICERD masih tidak diratifikasi. Kita pula harus bertanya apakah selama 61 tahun, agama lain ditindas atau bangsa lain dizalimi dan hidup merempat di bumi Malaysia walaupun Bumiputera dijaminkan keistimewaan mereka?
7. Mereka mendakwa rakyat yang menentang ICERD tidak faham Perlembagaan. Kita pula mengatakan mereka cuba mengaburi mata rakyat kerana hakikatnya Bekas Ketua Hakim Negara dan sejumlah besar peguam-peguam undang-undang antarabangsa menjelaskan bahawa ratifikasi ICERD akan menjadikan negara terikat dengan konsensus antarabangsa yang akhirnya akan menjadikan undang-undang negara yang masih memberikan keistimewaan kepada bangsa atau agama tertentu dianggap tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang antarabangsa.
Kredit: Maniam Manikam