Berlaku kekecohan di USJ 25 pada awal pagi tadi. Kes ini bermula apabila 200 orang lelaki memakai topeng yg dipercayai diupah oleh syarikat pemaju dari Pihak tertentu bertindak merobohkan Kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25 bermula jam 2 pagi tadi.
Orang awam mula berkumpul mengepung kuil tersebut.
Apabila keadaan sudah tidak terkawal, mereka bertindak merempuh masuk ke dalam kuil dan berlaku pergaduhan sehingga melibatkan beberapa yang cedera dan sebuah kereta dibakar.
Setakat ini Pihak PDRM dan Unit FRU sudahpun mengawal kawasan tersebut sepenuhnya bagi mengelak kejadian yang lebih buruk berlaku.