1. Satu kumpulan samseng berbangsa Melayu telah diupah melakukan kekacauan ke atas sebuah kuil di USJ. Tujuannya jelas untuk mewujudkan sentimen perkauman dan ketegangan agama.
2. Kemudian dengan pantas EXCO Kerajaan Negeri Selangor beragama Hindu membuat kenyataan seolah-olah ia ketegangan antara agama Hindu dan Islam.
3. Sekelip mata juga ribuan samseng India berkumpul di sana dan memberi amaran kepada Menteri mereka supaya menyelesaikan dengan segera atau mereka akan ambil tindakan sendiri.
4. Kenyataan seperti itu disebarkan dengan tujuan apa? Untuk membangkitkan kemarahan orang Islam sahaja.
5. Semua ini berlaku ketika orang Melayu dan Islam akan berkumpul pada 8 Disember nanti bagi menzahirkan bantahan kepada kerajaan mengenai cadangan meratifikasi ICERD.
6. Jika keadaan berlarutan, kerajaan akan menggunakan situasi di kuil sebagai alasan untuk menghalang perhimpunan 8 Disember nanti. Orang Melayu akan dinasihatkan menangguhkan bagi mengelak ketegangan kaum.
7. Pada fikiran anda siapakah dalang yang mencetuskan kejadian di kuil tersebut? Siapa yang untung dari kekakacuan ini?
https://pakdin.my/v-ganabatirau-jangan-mainkan-isu-perkauman/