Anak Mukhriz, cucu Tun Mahathir, jijik dan meluat kepada himpunan anti ICERD kononnya bersikap perkauman.
Namun beliau tidak pula merasa jijik menikmati kemewahan hidup hasil daripada kedudukan dan peluang yang datuk dan bapanya raih atas nama perjuangan pribumi dan Islam.
Apakah anda tidak jijik bahawa bapa adalah lulusan Maktab Rendah Sains Mara yang merupakan hasil perjuangan orang Melayu yang beliau hina hari ini?
Apakah anda ingat bapa yang lulus cukup makan sahaja akan jadi kaya raya dan boleh jadi Menteri Besar jika DAP memerintah negara sejak dahulu?
Sampai hari ini datuk, nenek, bapa, bapa saudara dan ibu saudara anda meraih sekian banyak kekayaan dan kedudukan dari perjuangan yang kamu jijik dan hina ini.
Apakah anda tidak merasa jijik dan meluat dengan kedudukan datuk dan bapa hari ini yang datang dari sebuah parti khusus untuk pribumi?
Atau perjuangan parti Bersatu kononnya untuk menjaga kepentingan pribumi dan Islam adalah sekadar topeng kepada keluarga besar Mahathir untuk kekal relevan dalam koridor kuasa?
Shame on You!