Yang selalu kita temui ialah ahli dan penyokong yang berhempas pulas mempertahankan keputusan pemimpin.
Yang selalu kita temui ialah penyokong yang berkorban maruah diri mempertahankan keputusan pemimpin dan parti. Kadang-kadang kita sanggup nampak bodoh supaya pemimpin dan parti tidak terlalu terkesan dengan sesuatu isu.
Yang selalu juga kita temui ialah pemimpin akan meletakkan kegagalan kepada ahli dan penyokong.
Yang jarang kita jumpa ialah pemimpin yang mengakui kesalahan dan kelemahannya sehingga menyebabkan kekalahan.
Oleh: Ab Jalil Backer