Biar betul mufti Perlis ni?
……………
Mufti Perlis mendedahkan ada sekumpulan individu membuat ugutan sebab tidak berpuas hati pelantikan imam baru di 25 masjid di negeri itu mulai awal tahun ini.
Datuk Mohd Asri Zainul Abidin berkata mereka mengancam dengan mendakwa penduduk tempatan di kariah terbabit boleh menyihir imam yang baru dilantik.
“Kalau tidak tukar tok imam yang kami mahu, kami di situ, orang di situ boleh buat sihir Siam. Tok imam yang dilantik ini akan muntah darah dan kembung perut.
“Saya kata astaghfir ullahal azim… kalau betul berjuang untuk agama takkan hendak main dengan sihir. Sihir benda syirik yang diharamkan oleh Allah,” katanya dalam kuliahnya.
“Ini sihir dilarang, takkan dengan masalah bismillah, qunut pun. Imam yang dilantik pun baca…. Tidak puas hati hendak main bomoh Siam.
“Kadang-kadang saya terfikir juga, apa sebenarnya manusia cari di dalam hidup dia. Saya sebut ini supaya mereka dengar,” katanya, menceritakan pertemuan dengan kumpulan itu di pejabatnya..
Tokoh agama itu memaklumkan ugutan demikian dalam satu ceramah agama yang dirakam dalam video yang dimuatkan di Facebook pada 17 Januari lalu.
Kontrak imam-imam lama tidak disambung oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan alasan tidak berdisiplin dan juga usianya sudah melebihi 60 tahun.