Penyerahan Memoradum secara aman dan damai kepada TYT Negeri Pulau Pinang oleh Umat Islam yang mencintai Nabi Muhammad S.A.W
Sekitar 500 orang aktivis umat Islam mengadakan himpunan di hadapan kediaman rasmi TYT Gabenor Pulau Pinang di Jalan Residensi, Georgetown.
Mereka berkumpul kerana ingin menghantar memo bantahan kepada TYT berkenaan tindakan Polis membebaskan seorang lelaki bernama Sing Wai Foo yang telah menghina Nabi Muhammad s.a.w.
Keadaan semuanya terkawal dan himpunan berjalan dengan aman. Pihak FRU juga kelihatan di lokasi bagi mengawasi himpunan tersebut.
LIHAT Video: https://youtu.be/W4xrpvX1vFg